• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Whatsapp berhenti sokongan telefon Windows tahun ini

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 08/05/2019
  • Komen
Group Chat WhatsApp mudah diceroboh tapi bukan itu masalah utamanya
Share on FacebookShare on Twitter

Platform permesejan digital paling popular di Malaysia, Whatsapp boleh digunakan di pelbagai platform seperti Android, iOS dan Windows. Tetapi tidak lama lagi mereka akan menghentikan sokongan terhadap Windows Phone.

Perkara ini ditemui dalam blog WhatsApp mengenai sokongan peranti mudah alih. Dalam kemaskini bertarikh 7 Mei 2019, WhatsApp memaklumkan akan menghentikan aktiviti di semua jenis Windows Phone selepas 31 Disember 2019. Bermakna, pengguna Windows Phone sedia ada harus beralih ke platform lain jika masih mahu menggunakan WhatsApp.



Selain Windows Phone, WhatsApp akan turut menghentikan aktiviti di telefon pintar yang menjalankan Android 2.3.7 atau lebih lama, serta iOS 7 atau lebih lama, selepas 1 Februari 2019. Pengguna peranti lama ini perlu menaiktaraf sistem operasi mereka atau mendapatkan peranti baru dengan sistem operasi baru.

Walaupun WhatsApp boleh digunakan di pelbagai platform, ia tidak boleh berkongsi sejarah perbualan antara platform yang berbeza. Hanya platform yang sama sahaja boleh menyalin sejarah perbualan lama dan dikembalikan ke dalam peranti lain. Bagaimanapun, ia boleh disimpan dalam bentuk emel.



I've talked about WhatsApp Business for iOS, WhatsApp Business for Android, WhatsApp for KaiOS and recently about WhatsApp Messenger and Business for iPad, before any public announcement from WhatsApp.

Today I can OFFICIALLY confirm that WhatsApp is working on UWP! It's real😍👍🏼 https://t.co/D5xMTNUvjs

— WABetaInfo (@WABetaInfo) May 7, 2019

Dalam satu berita lain, WABetaInfo yang sering melaporkan berita terbaru tentang WhatsApp, mengesahkan WhatsApp sedang dalam proses membangunkan aplikasi untuk Universal Windows Platform (UWP). Perisian yang menyokong UWP boleh digunakan di pelbagai platform Windows seperti telefon Windows, komputer Windows 10 dan Xbox. Ia mungkin menggantikan aplikasi yang menyokong Windows Phone sahaja, kepada platform Windows yang lain. Bagaimanapun, tiada tarikh dimaklumkan bila ia akan menemui pengguna.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: whatsappwindows phone
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Group Chat WhatsApp mudah diceroboh tapi bukan itu masalah utamanya

Whatsapp berhenti sokongan telefon Windows tahun ini

8 May 2019
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER