Pengguna Telco Maxis? Anda Dapat Diskaun Sehingga 55% Untuk TIket Penerbangan Anda

Malaysia Airlines Berhad (MAB) kini sedang mengadakan promosi Ultimate Traveicious Deal. Melaluinya, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% daripada harga tiket penerbangan anda.

Tawaran in isedang berjalan di MAB dan terbuka untuk semua

Tapi, jika anda salah seorang pelanggan Telco Maxis atau Hotlink, kerjasama antara MAB dan Maxis akan berikan anda potongan harga yang lebih lumayan, sehingga 55%.

Antara syaratnya adalah tempahan hendaklah dibuat sebelum 13 Mei 2019 untuk perjalanan sebelum 31 Mac 2020.

Cara mengaktifkan tawaran ini amat mudah, anda hanya perlu pergi ke APP MyMaxis, Hotlink RED, ataupun Hotlink Flex untuk mendapatkan kod kupon.

Tebus kod promosi di APP Maxis, Hotlink RED, atau Hotlink FLEX

Kod tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan tambahan 5% diskaun daripada tawaran MAB sedia ada untuk menjadikan jumlah potongan kepada 55%.

Masukkan kod baucar untuk nikmati tambahan 5% diskaun

Lekas lancarkan APP Maxis anda untuk mencari tawaran ini.

BACA  Tujuh telko berjanji tingkat kepuasan pengguna menjelang akhir 2019