• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelancaran Siri OnePlus 7 di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mei

  • OLEH Najib
  • 6:25 am
  • 11/05/2019
  • Komen
Pelancaran Siri OnePlus 7 di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat peranti OnePlus di Malaysia nampaknya tidak perlu menunggu lama. Peranti OnePlus 7 yang akan dilancarkan pada 14 Mei 2019 di peringkat global, akan membuat kemunculan di Malaysia seminggu selepas itu.

Ia berikutan pengedar tunggal OnePlus di Malaysia, XianFeng Technology telah mengeluarkan jemputan media ke majlis pelancaran OnePlus 7 di Malaysia, pada 21 Mei 2019.



Siri Oneplus 7 yang akan dilancarkan kelak, dikhabarkan akan datang dalam tiga versi. Beberapa hari sebelum ini, OnePlus telah mengeluarkan pelbagai iklan dan petunjuk berkenaan OnePlus 7 Pro. Selain itu, ia dijangka hadir dalam versi standard OnePlus 7 dan versi rangkaian 5G.

Dari pelbagai berita terbocor dan petunjuk yang dikongsi OnePlus, OnePlus 7 Pro akan datang dengan skrin Fluid AMOLED berukuran 6.7-inci, dengan kadar segar semula 90Hz dan tiada takuk atau lubang padanya. Ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855, bersama RAM sehingga 12GB dan storan terpantas dari jenis UFS 3.0 dalam kapasiti 128GB atau 256GB.



Perkara paling pasti di OnePlus 7 Pro adalah ia dipasang 3 kamera belakang. Dikhabarkan tiga kamera ini ialah kamera utama 48MP F1.6, kamera telefoto 8MP berkeupayaan 3x zum optikal, dan kamera bersudut ultra lebar 16MP. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 16MP dalam modul yang boleh tersembunyi, seperti OPPO F11 Pro.

Selain itu, OnePlus 7 Pro menerima tenaga dari bateri sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas OnePlus Warp 30W melalui USB-C.

Manakala untuk OnePlus 7 bukan pro, ia akan datang dengan skrin lebih kecil 6.4-inci dengan takuk kecil titisan air di atas, sama seperti OnePlus 6T. Ia dibekalkan dua kamera belakang dengan bateri di dalam sebesar 3,700mAh.

Tarikh dan harga jualan siri OnePlus 7 pasti akan diumunmkan pada 21 Mei kelak. Orang ramai akan boleh mendapatkan siri OnePlus 7 di Malaysia menerusi pengedar tunggalnya, Xianfeng Technology.

Gambar: @IshanAgarwal24

Tags: OnePlusOnePlus 7
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Pelancaran Siri OnePlus 7 di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mei

Pelancaran Siri OnePlus 7 di Malaysia akan berlangsung pada 21 Mei

11 May 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN