• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

HTC umum tarikh pelepasan Android 9 Pie di peranti terpilih

  • OLEH Najib
  • 9:31 am
  • 13/05/2019
  • Komen
HTC akhirnya mula terima tempahan HTC U12+ di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 9 bulan Android 9 Pie berada di pasaran, HTC akhirnya mengumumkan tarikh pelepasan sistem operasi Android ini ke tiga peranti flagship mereka. Walaupun sebenarnya mereka telah mengumumkan pada bulan Mac lepas, kali ini mereka telah bersedia dengan anggaran bulan ia akan diberikan kepada pengguna.

Menerusi twitter @HTC, terdapat tiga peranti HTC yang akan menerima kemaskini Android 9 Pie iaitu HTC U11, U11+ dan U12+. Pengumuman mereka adalah seperti berikut:



We want to share the release schedule of the Android Pie updates for #HTC smartphones. Please note, certain regions & carrier deployment may affect these dates. U11 rollout will begin late May, 2019; U11+ will begin late June, 2019; U12+ will begin mid-June, 2019. Thank you pic.twitter.com/eyeCdX5qWm

— HTC (@htc) May 10, 2019

Maksudnya, kemaskini Android 9 Pie akan dilepaskan untuk HTC U11 pada penghujung Mei 2019, HTC U11+ pada penghujung Jun 2019 dan HTC U12+ pada pertengahan bulan Jun 2019. Bagaimanapun, HTC turut menyatakan bahawa sebaran kemaskini ini masih tertakluk pada kawasan dan syarikat telekomunikasi.

Untuk pengguna biasa, mereka boleh menjangkakan akan menerima kemaskini dalam tempoh yang diberitahu tadi. Tetapi untuk pengguna peranti yang dikunci bersama syarikat telekomunikasi, ia perlu bergantung pada kesediaan syarikat tersebut. Hal ini tidak memberi kesan kepada set Malaysia kerana tiada set yang dikunci bersama syarikat telekomunikasi di sini.



Senarai peranti yang sedia menggunakan Android Q Beta 3

HTC dilihat semakin ketinggalan dalam persaingan peranti pintar masa kini. Ini dapat dilihat apabila peranti mereka tidak tersenarai langsung dalam senarai Android Q Beta 3 yang diumumkan semasa Google IO 2019. Agak mengecewakan kerana syarikat lain terutama dari China seperti Oppo, Vivo dan Xiaomi turut tersenarai dalam ujian beta tersebut.

Adakah HTC masih mampu bersaing di arena telefon pintar?

[Sumber: HTC]

Tags: Android 9HTCHTC U11+htc u12+
Najib

Najib

POPULAR

HTC akhirnya mula terima tempahan HTC U12+ di Malaysia

HTC umum tarikh pelepasan Android 9 Pie di peranti terpilih

13 May 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER