• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom lancar pas perayauan 3-hari 3-dalam-1 yang boleh digunakan di lebih 40 negara

  • OLEH Najib
  • 9:35 am
  • 14/05/2019
  • Komen
Celcom lancar pas perayauan 3-hari 3-dalam-1 yang boleh digunakan di lebih 40 negara
Share on FacebookShare on Twitter

Berjalan ke luar negara lebih mudah jika mengaktifkan pas perayauan data. Untuk pengguna Celcom, sebelum ini mereka ditawarkan dengan pas perayauan 1-hari dan 7-hari, kini mereka mempunyai pilihan dengan pengenalan pas perayauan baru 3-hari.

Pas perayauan 3-hari 3-dalam-1 ini ini berharga RM88, dan ia memberi pengguna data sebanyak 1.5GB, 100 minit panggilan masuk dan keluar di negara yang dilawati dan Malaysia, serta 100 SMS di negara yang dilawati dan ke Malaysia.



Pengguna Celcom boleh melanggan pas 3-hari ini untuk digunakan di lebih 40 negara. Antaranya Arab Saudi, Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, United Kingdom, USA dan banyak lagi. Senarai penuh negara yang layak boleh dirujuk di sini.

Untuk melanggan, pengguna boleh membeli pas ini menerusi aplikasi Celcom Life di ruangan Buy More > Roaming, dan pilih negara yang dilawati. Seterusnya pilih pas yang diingini. Selain itu, pengguna juga boleh mendail *118# dan memilih menu Buy Roaming Pass. Cara lain ialah menerusi SMS, dengan menghantar SMS <BUY 3D88> ke 28882.



Satu perkara menarik yang kami temui, dengan satu langganan pas 3 hari ini, pengguna boleh menggunakan di seberapa banyak negara yang terdapat di dalam senarai. Tidak perlu melanggan pas baru setiap kali memasuki negara baru, selagi mana ia dalam 3 hari tersebut.

Jika kehabisan kuota data, pengguna masih boleh terus melayari internet tetapi dengan kelajuan disekat. Kalau ingin kelajuan penuh semula, data tambahan boleh dibeli pada kadar RM38 untuk 500MB dan RM58 untuk 1GB.

PRODUKRoaming Add-On 38 Roaming Add-On 58
HARGARM38RM58
KUOTA DATA500MB1GB

Perlu diingatkan, pas 3-hari ini akan tamat pada hari ketiga, pukul 11.59pm waktu Malaysia. Jadi cuba mengatur masa pengaktifan pas sebaiknya, selaras dengan waktu Malaysia untuk memastikan waktu penggunaan. Pas ini juga tidak akan diperbaharui secara automatik. Pengguna perlu melanggan semula selepas tamat tempoh.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Postpaid Roaming Celcom.

Tags: celcomRoaming
Najib

Najib

POPULAR

Celcom lancar pas perayauan 3-hari 3-dalam-1 yang boleh digunakan di lebih 40 negara

Celcom lancar pas perayauan 3-hari 3-dalam-1 yang boleh digunakan di lebih 40 negara

14 May 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN