• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pengguna diminta kemaskini WhatsApp segera ekoran spyware yang dibangunkan syarikat Israel

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 14/05/2019
  • Komen
Pengguna diminta kemaskini WhatsApp segera ekoran spyware yang dibangunkan syarikat Israel
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp kini menggalakkan pengguna aplikasi permesejan mereka untuk mengemaskini segera ke versi terbaru WhatsApp. Ia berikutan penemuan kerentanan yang membolehkan perisian intip (spyware) disuntik ke dalam telefon pengguna menerusi fungsi panggilan WhatsApp.

Spyware ini pertama kali dilaporkan oleh Financial Times (FT), yang mendakwa dibangunkan oleh syarikat perisikan siber Israel, NSO Group. Dinamakan sebagai Pegasus, ia boleh menyerang peranti Android dan juga iOS.



Menggunakan spyware tersebut, penyerang boleh menghantar kod merbahaya kepada peranti sasaran semudah membuat panggilan WhatsApp. Ia tidak memerlukan pengguna menjawab panggilan tersebut untuk menyusup masuk ke dalam peranti. Manakala log panggilan akan dipadamkan membuatkan ia sukar dikesan.

WhatApp menyatakan mereka menemui kerentanan dalam perisian mereka bulan ini dan telah mengambil tindakan pantas untuk membaikinya dalam kerangka infrastruktur mereka. Kemaskini telah dilepaskan pada hari Isnin dan pengguna digalakkan untuk memuat turun versi terkini sebagai langkah keselamatan.



Sebagai langkah proaktif, WhatsApp turut memaklumkan pihak berkuasan Amerika Syarikat berkenaan bahaya ini dan mengeluarkan notis CVE, untuk memaklumkan kepada pakar keselamatan siber yang lain tentang persamaan kerentanan dan kelemahan.

Kerentanan ini telah digunakan dalam satu serangan kepada peguam di United Kingdom pada 12 Mei, lapor FT. Peguam tersebut terlibat dalam tindakan undang-undang terhadap NSO Group yang dibawa oleh kumpulan wartawan Mexico, pengkritik kerajaan dan pembangkang Arab Saudi.

WhatsApp menulis dalam kenyataannya, serangan ini merupakan tanda syarikat swasta dilaporkan bekerjasama dengan kerajaan untuk menghantar spyware yang mengambil alih fungsi sistem operasi telefon pintar. WhatsApp telah memaklumkan organisasi hak asasi manusia untuk berkongsi maklumat ini dan bekerjasama dengan mereka untuk memaklumkan orang awam.

NSO Group pula memberitahu FT, mereka tidak terlibat terhadap sebarang bentuk serangan menggunakan teknologi mereka. Ia dilakukan secara sendiri oleh risikan dan agensi penguatkuasa undang-undang. NSO tidak boleh dan tidak akan boleh menggunakan teknologi mereka bagi menyasarkan serangan kepada mana-mana individu atau organisasi.

Perisian Pegasus yang dibangunkan oleh NSO, berkemampuan untuk mendapatkan hampir semua data di dalam peranti sasaran seperti SMS, kenalan, lokasi GPS, emel, sejarah pelayar dan lain-lain. Ia juga boleh mendapatkan data baru menerusi mikrofon telefon dan kamera untuk merakam persekitaran pengguna, menurut satu laporan oleh New York Times pada tahun 2016.

Sumber: The Guardian

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Pengguna diminta kemaskini WhatsApp segera ekoran spyware yang dibangunkan syarikat Israel

Pengguna diminta kemaskini WhatsApp segera ekoran spyware yang dibangunkan syarikat Israel

14 May 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN