Hari ini OnePlus telah melancarkan produk terbaru mereka untuk tahun 2019. Salah satu daripadanya adalah OnePlus 7 Pro yang digebang sebagai flagship killer sebenar walaupun harganya kini sudah menjangkau RM4,000 untuk varian paling tinggi.
Ketepikakan soal harga, ini adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang produk yang mereka lancarkan.
1. Lancarkan 2 Produk Sekaligus
Sudah menjadi tradisi OnePlus untuk melancarkan satu produk baru dalam jeda masa sekitar 6 bulan sejak OnePlus 2. Kali terakhir OnePlus melancarkan telefon adalah dalam bulan Oktober 2018 menerusi OnePlus 6T.
Untuk tahun 2019, mereka melancarkan dua model serentak iaitu:
- OnePlus 7 Pro
- OnePlus 7
Semua telefon OnePlus beserta dengan bulan ia dilancarkan
Tapi adakah pola itu tidak lagi akan digunakan mereka memandangkan sudah ada dua produk dilancarkan serentak untuk tahun 2019? Entah-entah OnePlus akan hadir dengan OnePlus 7 Lite dalam bulan Oktober/November 2019 nanti.
2. Bateri terbesar dalam keluarga OnePlus
Untuk OnePlus 7 Pro, ia memecahkan rekod menembusi arena bateri 4,000mAh buat pertama kalinya dalam produk OnePlus. Ia kini duduk sebaris dengan Galaxy Note9, Galaxy S10, dan Mate 20 Pro dalam kategori flagsip berbateri besar.
Kapasiti bateri setiap produk OnePlus
Bukan itu sahaja, teknologi pengecasan pantas mereka yang digelar WarpCharge, kini mengepam lebih banyak tenaga masuk. Pada 30W, ia adalah yang terpantas untuk OnePlus setakat ini tapi masih belum mampu menandingi SuperVOOC 50W yang digunakan pada produk seperti OPPO R17 Pro.
3. Storan dalaman terpantas dan RAM terbesar
Kedua-dua model OnePlus 7 hadir dengan storan daripada jenis UFS 3.0 NAND. Ia menjadikan mereka satu-satunya telefon dengan storan sedemikian yang boleh dibeli dalam pasaran sekata ini jika kita tidak mengambil kira Samsung Galaxy Fold.
Kelebihan UFS 3.0 berbanding 2.1 yang digunakan dalam hampir semua flagship masa ini adalah kepantasan perpindahan data antara storan dan pemproses. Berbanding 800MB/s pada generasi sebelumnya, UFS 3.0 miliki kepantasan sehingga 1.6GB/s yang pastinya menyumbang pada prestasi penggunaannya.
Pada bahagian RAM pula, OnePlus 7 Pro miliki varian dengan RAM 12GB, terbesar setakat ini pada sebuah OnePlus.
4. Paparan suku kali ganda lebih resolusi dengan refresh rate superlicin
Sungguhpun dinobatkan sebagai pembunuh flagship untuk beberapa kali, salah satu kelemahan produk OnePlus adalah mereka ini tidak pernah menggunakan panel paparan dengan resolusi melebihi HD Penuh+. Berkemungkinan besar langkah ini diambil untuk mengoptimumkan kos penghasilan seunit telefon.
Namun untuk tahun 2019, mereka melangkah berani apabila menyertakan panel QHD+ pada resolusi 3120 x 1440 yang diterjemahkan kepada nisbah paparan 19.5:9.
Lebih menarik, paparan OLED telefon ini memiliki refresh rate setinggi 90Hz, seperti yang boleh ditemui pada Asus ROG Phone. Bezanya dengan telefon gaming itu adalah ia ada resolusi cuma HD Penuh+ sahaja. Ia menjadikan OnePlus 7 Pro pertama seumpamanya di dunia.
5. Trikamera belakang dengan kamera pop-up
OnePlus 7 Pro adalah yang pertama dalam keluarganya yang dilengkapi trikamera belakang. Bukan itu saja, ketiadaan notch di bahagian mukanya dimungkinkan dengan penggunaan mekanisme pop-up untuk kamera depan.
Berikut adalah konfigurasi kamera OnePlus 7 Pro:
- Kamera belakang 1 – 48MP F1.6
- Kamera belakang 2 – 8MP F2.4
- Kamera belakang 3 – 16MP F2.0
- Kamera selfie – 16MP F2.0
Berikut adalah konfigurasi kamera OnePlus 7 Pro:
- Kamera belakang 1 – 48MP F1.7
- Kamera belakang 2 – 5MP
- Kamera selfie – 16MP F2.0
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan kemampuan kamera OnePlus 7 Pro, hasil ujian DxOMark meletakkannya dibelakang Huawei P30 Pro dan Galaxy S10 5G dengan 111 mata.