Promosi Xiaomi di Lazada menawarkan Mi MIX 2S di bawah RM1,000

Seperti ASUS, Xiaomi akan turut menyertai promosi Hari Raya Lazada yang bermula tengah malam ini, 16 Mei 2019. Mereka akan mengadakan jualan promosi istimewa selama dua jam, dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 2 pagi.

Antara yang menarik dalam jualan kilat selama 2 jam nanti ialah telefon pintar Mi MIX 2s yang dijual pada harga RM999 sahaja. Ia merupakan telefon pintar dengan kuasa Snapdragon 845, bersama RAM 6GB dan storan 64GB. Ini tawaran yang lebih hebat dari Pocophone F1.

Mi MIX 2S memiliki skrin sebesar 5.99-inci HD Penuh tanpa sebarang takuk dan lubang. Badannya diperbuat dari seramik, lebih lasak dari kaca biasa. Dwi kamera belakangnya, 12MP+12MP menerima 97 markah dari DxOMark, setaraf iPhone X dan Huawei Mate 10.

Bateri di dalam Mi MIX 2S berkapasiti 3,400mAh dan ia menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui USB-C. Ia juga antara yang terawal menyokong pengecasan wayarles Qi.

Bagi bajet rendah, Xiaomi menawarkan peranti pertengahan terbaru mereka, Redmi Note 7 dengan RAM 3GB dan storan 32GB pada harga RM629, RM50 diskaun dari harga asalnya. Tetapi hanya boleh dibeli dalam masa 2 jam sahaja, dari 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

Redmi Note 7 memiliki skrin 6.3-inci HD Penuh+, dengan takuk kecil di atas. Ia dikuasakan cip Snapdragon 660, dengan kamera dua lensa 48MP+5MP di belakang, beserta bateri besar 4,000mAh. Ia mengecas melalui USB-C dan masih ada pemancar infra merah dan jek audio 3.5mm.

Xiaomi juga menawarkan gelang pintar kecergasan mereka, Mi Band 3 dengan diskaun RM30. Berbanding harga asal RM129, ia boleh dibeli pada harga RM99 dalam masa 2 jam nanti. Mi Band 3 memiliki paparan OLED, pemantau degupan jantung dan kalis air 5ATM. Ia boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

BACA  DisplayMate julang Skrin OnePlus 7 Pro sehebat Galaxy S10 dan iPhone XS Max

Selain itu, beberapa peranti lain yang ditawarkan dalam promosi Hari Raya Lazada ialah seperti:

  • Redmi Go (RAM 1GB + storan 8GB) RM299 RM249
  • Mi A2 (RAM 4GB + storan 64GB) RM899 RM639
  • Redmi 6A (RAM 2GB + storan 16GB) RM419 RM349

Layari Stor Xiaomi di Lazada bermula tengah malam ini untuk mendapatkan peranti Xiaomi dengan harga dan diskaun istimewa ini.