fbpx

Skor DxOMark OnePlus 7 Pro kedua terbaik selepas Huawei P30 Pro

Baru-baru ini, sebuah peranti flagship yang ditunggu-tunggu dari OnePlus iaitu OnePlus 7 Pro telah pun dilancarkan di New York. Terbaru, DxOMark menerbitkan hasil analisis mendalam kamera utama dan kamera hadapan model tersebut.

Kamera yang terdapat pada model baru ini telah dinaik taraf berbanding telefon sebelumnya. OnePlus 7 Pro datang dengan trikamera pada kamera utama yang terdiri daripada lensa ultralebar dan telefoto.

Menggunakan sensor terbaru daripada Sony iaitu IMX586 48MP Quad Bayer, dimana pada suasana yang cerah, kamera akan menggunakan sensor penuh 48MP dan pada suasana kurang cahaya, kamera sensor akan digabungkan menjadi 12MP bagi mendapatkan imej yang terang.

Oleh itu, kamera utama tersebut dapat menghasilkan imej dengan warna yang lebih baik, terperinci, dan julat dinamik yang lebih lebar.

Lensa ultralebar pula digabungkan dengan sensor 16MP, manakala kamera ketiga pula merupakan lensa tele dengan sensor 8MP yang didedikasikan untuk zoom shots.

Ciri-ciri lain yang ada pada kamera model terbaru OnePlus ini termasuklah penstabilan imej optik (OIS) pada telefoto dan kanta utama. Selain itu, kamera utama juga memiliki ciri gabungan sistem autofokus laser dan PDAF.

Pada mod video pula, OnePlus mampu merakam video sehingga 4K.

Menerusi ujian yang telah dijalankan oleh DxOMark, OnePlus 7 Pro berjaya mengumpul mata keseluruhan sebanyak 111. Ia sekaligus menempatkan model tersebut pada kedudukan kedua terbaik selepas Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G dengan kekurangan satu mata sahaja.

Bagi skor foto, model tersebut juga berjaya mengumpul mata sebanyak 118, sekali lagi menempatkannya dibelakang Huawei P30 Pro yang memiliki skor sebanyak 119.

OnePlus 7 Pro juga berjaya merangkul 98 mata bagi kategori video. Oleh sebab itu, model tersebut berjaya meletakkan dirinya di antara model terbaik seperti Huawei P30 Pro yang pernah dicatatkan oleh DxOMark.

BACA  Tarikan balik sekatan bukan pengampunan menyeluruh, hanya untuk sebahagian produk Huawei

Sumber: DxOMark