fbpx

Honor FlyPods Lite dan Honor SoundStone akan tiba di Malaysia bulan hadapan

Selepas berteka-teki tentang harganya, kini Honor Malaysia mengumumkannya secara rasmi. Dua produk audio wayarles, Honor FlyPods Lite dan Honor SoundStone akan tiba di Malaysia bulan hadapan.

Bersamaan dengan itu, Honor Malaysia turut mengumumkan harga jualannya iaitu:

  • Honor FlyPods Lite RM349
  • Honor SoundStone RM149

Adakah anda dapat menjawabnya dengan tepat? Tetapi Honor Malaysia telah memilih Hafizi Zi sebagai pemenang.

Memandangkan kedua-dua produk audio wayarles ini akan dilancarkan bulan depan, kami jangkakan ia akan muncul bersama pelancaran Honor 20 di Malaysia. Mungkin juga, ia adalah hadiah percuma yang akan diberikan bersama tempahan awal Honor 20 kelak. Sementara itu, mari kita kenali kedua-dua produk ini lebih dekat.

Honor FlyPods Lite ialah bud telinga wayarles dalam bentuk premium, dengan rupa yang amat mirip dengan Apple Airpods. Ia memiliki alat kawalan sentuhan yang mudah untuk menjawab panggilan dan mengawal tahap bunyi.

Ia turut dipasang dengan dua mikrofon untuk pembatalan bunyi bising sekeliling yang lebih berkualiti. Bud telinga ini juga kalis percikan dan peluh IP54, menjadikannya sesuai untuk peminat kecergasan. Bersama kotak pengecas, ia boleh digunakan sehingga 12 jam untuk memainkan lagu dan pelbagai aktiviti audio lain.

Honor SoundStone pula ialah pembesar suara Bluetooth yang direka dengan tali penggantung yang mudah dibawa ke mana-mana. Ia dipasang bersama mikrofon dengan sensitiviti tinggi serta teknologi pembatalan bunyi cVc 6.0, untuk memberikannya bunyi yang kuat dan jelas semasa berbual.

Dengan bateri 700mAh di dalam, ia boleh memberikan masa penggunaan sehingga 8.5 jam. Ia juga kalis percikan dan peluh IPX5, menjadikannya pembesar Bluetooth yang lasak dan boleh digunakan di pelbagai situasi.

BACA  Tablet Bajet Samsung Ini Ada Satu Ciri Yang Tiada Pada Pesaingnya

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tentang pelancarannya dari Honor Malaysia kelak.