• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis perkenal kedai konsep digital serba baru yang lebih mesra pengunjung

  • OLEH Najib
  • 12:00 pm
  • 16/05/2019
  • Komen
Maxis perkenal kedai konsep digital serba baru yang lebih mesra pengunjung
Share on FacebookShare on Twitter

Lawatan ke Stor Maxis selepas ini pasti berbeza apabila Maxis memperkenalkan kedai konsep serba baru, bermula di Gardens MidValley. Dengan reka bentuk baru dan teknologi canggih untuk tahap pengalaman digital peribadi yang baru, kedai tersebut menawarkan interaksi yang menarik, relevan dan bermanfaat untuk pengunjung.

Antara pembaharuan yang terdapat di kedai konsep baru Maxis ini ialah skrin digital berteknologi tinggi, kaunter khidmat pelanggan yang kelihatan seperti kafe, demo peribadi, robot dan aplikasi layan diri. Dengan reka bentuk modular yang berskala dan boleh ditukar ganti, memastikan ia boleh sentiasa berubah mengikut keperluan.



Apabila masuk ke dalam, pengguna akan disapa oleh skrin bersama kod QR. Nombor giliran boleh diambil dengan mengimbas kod QR tersebut. Jika pengguna berminat dengan mana-mana peranti yang terdapat di dalam, hanya imbas kod QR dan pembantu akan hadir bersama maklumat peranti tersebut.

Kakitangan Maxis sedia berkhidmat di mana saja di dalam kedai bersama MPOS (Point-of-Sale mudahalih), menjadikan pengunjung tidak terikat untuk berurusan di kaunter.



Bagi melengkapkan pengalaman pengunjung, Maxis akan bekerjasama dengan pelbagai jenama dari masa ke semasa. Bulan ini, mereka menampilkan zon permainan Razer yang terkenal dalam dunia permainan. Razer merupakan pengeluar perkakas, perisian dan sistem gaming berprestasi tinggi. Di sini, pelanggan boleh menyertai pertandingan mobile gaming terkini dan memenangi hadiah yang menarik.

“Kedai konsep baru kami adalah sebahagian penting dalam cita-cita jangka panjang kami, yang dibina di sekitar tiga fokus utama – iaitu keupayaan kami untuk memenuhi gaya hidup digital setiap orang yang giat berkembang, memberikan pengalaman peribadi yang berbeza dan tidak dapat ditandingi, dan mengembangkan budaya kami ke arah inovasi dan kecekapan yang bertahap tinggi,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

“Kedai ini juga menunjukkan keupayaan dan penawaran baru untuk pelanggan Perusahaan Runcit, didorong oleh fokus Maxis dalam membantu peruncit-peruncit Malaysia memodenkan pengalaman atas talian dan luar talian mereka menerusi penyelesaian e-dagang dan runcit fizikal yang didorong digital. Ini akan membolehkan para peruncit memberi pengalaman digital dan peribadi kepada pelanggan mereka sendiri, akhirnya mereka kekal berdaya saing dan mampu memenuhi perniagaan yang berkembang,” tambah Gokhan Ogut lagi.

Tags: maxis
Najib

Najib

POPULAR

Maxis perkenal kedai konsep digital serba baru yang lebih mesra pengunjung

Maxis perkenal kedai konsep digital serba baru yang lebih mesra pengunjung

16 May 2019
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

RHB Bank jadi bank pertama di Malaysia sokong DuitNow Pay untuk pembayaran dalam talian dan berulang

12 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN