• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aptoide alternatif Google Playstore pada Huawei?

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 11:33 am
  • 23/05/2019
  • Komen
Aptoide alternatif Google Playstore pada Huawei?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kecoh apabila syarikat gergasi pengeluar telefon pintar China, Huawei, disenarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat dari terus berdagang di negara tersebut.

Sekaligus membuatkan syarikat seperti Google dan beberapa syarikat lain turut berhenti bekerjasama dengan Huawei.



Ramai mempersoalkan hala tuju Huawei kerana tanpa penyertaan Google pada telefon pintar keluaran syarikat tersebut, ia membuatkan pengguna produk syarikat tersebut tidak boleh akses kepada Google Playstore.

Terbaru, Huawei dikhabarkan sedang berunding dengan Aptoide, sebuah pasaran pihak ketiga untuk menyediakan aplikasi kepada pengguna sebagai alternatif pada Google Playstore.



Aptoide dikhabarkan mempunyai lebih daripada 900,000 aplikasi dengan hampir 200 juta pengguna. Walaupun ia tidak disokong secara rasmi oleh Google Playstore, Aptoide adalah salah satu sumber yang paling popular untuk memuat turun aplikasi Android.

Setakat ini, tiada lagi kenyataan rasmi mengenai kerjasama dua pihak tersebut dalam penggunaan Aptoide pada telefon pintar Huawei akan datang.

Namun terdapat dua kemungkinan bagaimana Huawei boleh menggunakan kedai itu. Ia mungkin sama ada telefon pintar Huawei bakal tersedia dengan Aptoide atau mengintegrasikan fungsi Aptoide ke dalam AppGallery Huawei.

Walau bagaimanapun, terdapatnya kekurangan pada Aptoide. Hal ini kerana kedai tersebut tidak menghalang dari aplikasi cetak rompak dimuat naik.

Sekaligus, membolehkan pengguna memuat turun aplikasi berbayar secara percuma dan ia membimbangkan pembangun aplikasi.

Sumber: XDA

Tags: AptoideGoogleGoogle PlaystoreHuawei
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Aptoide alternatif Google Playstore pada Huawei?

Aptoide alternatif Google Playstore pada Huawei?

23 May 2019
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN