• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Buka Kotak

Buka Kotak Honor 20: Harapan Terakhir Flagship Killer

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:54 am
  • 23/05/2019
  • Komen
Buka Kotak Honor 20: Harapan Terakhir Flagship Killer
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah melancarkan dua buah telefon berkelas flagship di London. Mereka ialah:

  • Honor 20
  • Honor 20 Pro

Kali ini ada sekotak Honor 20 singgah di meja editor kami untuk dibuka kotak. Kalau anda nak tahu apa isi kandungannya selain telefon, ini adalah artikel berkaitannya.



Apabila bahagian atas kotak dibuka, anda akan dihidangkan dengan telefon itu sendiri yang dibalut kemas dengan plastik. Dibawahnya, anda akan temui blok pengecas Huawei SuperCharge. Menurut maklumat outputnya, ia mengepam keluar 22.5W masuk ke telefon Honor 20.

Tapi, seperti VOOC, anda perlu gunakan kabel yang disertakan bersama-sama produk ini untuk menikmati pengecasan pantas. Jadi, anda perlu menjaga kabel USB-C telefon ini sebaiknya kalau tidak mahu beli kabel yang baru pada harga yang sedikit tinggi berbanding kabel USB-C biasa.



Selain blok pengecas dan kabel USB-C, anda juga terima adapter USB-C untuk disambungkan kepada headfon berkaki 3.5mm. Kemudian, Honor turut menyertakan bersama casing lutisnar boleh lentur sebagai pelingdung keselamatan terus keluar kotak.

Tentang Honor 20

Honor 20 adalah sebuah telefon dengan spesifikasi flagship. Ia menggunakan SoC yang serupa seperti yang ada pada Huawei P30 dan Mate 20 Pro. Jadi, anda boleh menjangkakan prestasi telefon yang sekurang-kurangnya setara dengannya.

Saya perasan yang Honor 20 ada paparan macam nova 4, iaitu yang ada notch terapung di sudut kiri. Ia ada panel apapran 6.26″ beresolusi HD Penuh+.

Spesifikasi Honor 20

Menemani SoC itu adalah RAM 6GB serta storan seluas 128GB. Walau bagaimanapun, tiada slot mikro-SD hadir sekiranya anda ingin memperluas storan anda pada masa akan datang.

Di bahagian pengimejan, Honor 20 menggunakan konfigurasi kuadkamera belakang dengan kamera utama 48MP F1.8. Kemudian, anda ada kamera ultralebar 16MP bersama-sama dengan kamera 2MP untuk gambar makro. Kamera terakhir digunakan khas untuk simulasi bokeh.

Keinginan berswafoto pula dilunaskan dengan kamera depan 32MP F2.

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 3,750mAh yang dicas pantas melalui port USB-C di bahagian bawahnya. Tiada port audio 3.5mm ada padanya, maka anda terpaksa gunakan adpater yang diberikan bersama.

Harga Honor 20

Honor 20 dijual pada harga EUR499 (~RM2,324) . Pelancarannya dijadualkan berlaku pada 23 Mei 2019 ini dan kami akan mengemas kini maklumat harganya sejurus ia ada.

Tags: honorHonor 20
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Buka Kotak Honor 20: Harapan Terakhir Flagship Killer

Buka Kotak Honor 20: Harapan Terakhir Flagship Killer

23 May 2019
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER