• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Huawei Mate X dan P30 Pro hilang dari laman Android

  • OLEH Najib
  • 5:20 pm
  • 24/05/2019
  • Komen
Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector
Share on FacebookShare on Twitter

Awal minggu ini dunia dikejutkan dengan pengumuman Google yang memutuskan sebarang kerjasama dengan Huawei, terutama sekali untuk pembangunan telefon pintar. Walaupun telah menerima kelonggaran untuk meneruskan kerjasama selama 90 hari, Google nampaknya telah mengambil langkah membuang nama Huawei dari senarai pengeluar peranti Android.

Perkara ini ditemui di laman web www.android.com sendiri. Di laman web ini, Google menyenaraikan beberapa peranti Android mengikut jenis. Antaranya Google menyenaraikan telefon dengan rangkaian 5G serta telefon dengan kamera berkualiti tinggi.



Sebelum ini, bahagian Latest & Greatest 5G phones menyenaraikan telefon pintar Samsung Galaxy S10 5G, LG V50 ThinQ 5G, dan Xiaomi Mi Mix 5G, bersama telefon pintar dengan skrin boleh lipat Huawei Mate X. Tetapi kini Mate X telah dibuang dari senarai tersebut.

  • Sebelum
  • Selepas

Huawei Mate X dijadualkan akan mula berada di pasaran pada Jun 2019. Kehilangan ini mungkin memberi kesan kepada telefon pintar dengan skrin boleh lipat selepas Samsung menangguhkan majlis pelancaran Galaxy Fold.



Dalam satu bahagian yang lain di laman web Android tersebut, Huawei P30 Pro terdapat di dalam senarai Popular Picks Cameras that catch the shot, di samping Pixel 3, Moto G6, dan OnePlus 6T. Bagaimanapun kini ia telah hilang dari laman tersebut.

  • Sebelum
  • Selepas

Derita ini dilihat semakin mendalam apabila Google turut membuang telefon pintar Huawei Mate 20 Pro dari senarai peranti yang menyertai ujian Android Q Beta 3. Sewaktu acara Google I/O 2019, Google menyenaraikan 21 model telefon pintar dari 13 pengeluar sedia menggunakan Android Q Beta 3. Tetapi kini hanya tinggal 20 peranti dan 12 pengeluar di mana Huawei Mate 20 Pro telah tiada di dalam senarai itu.

Senarai asal 13 pengeluar untuk Android Q Beta 3

Adakah Huawei dapat berbincang dengan Google untuk mengatasi masalah larangan Amerika Syarikat ini? Semoga Huawei dan Google menemui titik penyelesaian dalam masa 90 hari kelonggaran yang diberikan.

Sumber: 9to5Google

Tags: androidGoogleHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector

Huawei Mate X dan P30 Pro hilang dari laman Android

24 May 2019
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN