fbpx

Huawei Y5 2019 berharga kurang RM500 akan tiba sebelum Hari Raya

Hari Raya akan menjelma tidak lama lagi. Jika anda mencari sebuah telefon pintar baru dengan bajet di bawah RM500, Huawei ada satu model yang akan tiba tidak lama lagi.

Telefon pintar Huawei Y5 2019 akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat ini, 31 Mei 2019 dengan harga RM459 sahaja. Ia boleh didapati di semua Stor Huawei Experience serta Stor Online Huawei Malaysia.

Dengan skrin kecil 5.71-inci, ia amat sesuai untuk meraka yang mahu menggunakan telefon dengan sebelah tangan sahaja. Skrin ini memiliki takuk kecil di atas untuk kamera hadapan dengan resolusi pada HD+ sahaja.

Ia dikuasakan cip Mediatek Helio A22 bersama RAM 2GB dan storan dalaman 32GB. Storan ini boleh diluaskan sehingga 512GB menerusi slot khas bersama dua kad sim nano serentak. Y5 2019 menggunakan sistem operasi EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Untuk kamera, ia dipasang kamera 13MP F1.8 di belakang dan kamera 5MP di hadapan. Bateri pula sebesar 3,020mAh dan dicas melalui sambungan mikroUSB. Tiada pengimbas capjari fizikal padanya tetapi ia menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Keunikan Y5 2019 ialah kemasan kulit faux di belakang. Ia datang dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, cokelat dan biru.

Mungkin Y5 2019 ini hadiah yang sesuai untuk ibu bapa atau datuk nenek di kampung, yang tidak memerlukan peranti berkuasa tinggi dan kamera yang hebat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Huawei Malaysia serta Facebook Huawei Mobile Malaysia.

BACA  Garmin MARQ: Jam Superpremium Untuk Bangsawan