fbpx

Raya Bergaya Celcom ada beli 1 percuma 1 Huawei P30, Oppo A3s RM99 dan pelbagai promosi gajet dan aksesori

Semakin hampir dengan 1 Syawal, semakin banyak promosi Hari Raya diumumkan. Celcom turut tidak terlepas dengan menawarkan beberapa tawaran menarik sempena Hari Raya. Semuanya disenaraikan di laman web Celcom Gaya Raya.

Beli 1 Huawei P30 percuma lagi 1 (pautan)

Pengguna Celcom boleh mendapatkan dua telefon pintar Huawei P30 pada harga satu unit sahaja. Ia boleh didapati menerusi pelan kontrak pascabayar keluarga selama 24-bulan.

Promosi beli 1 Huawei P30 percuma lagi 1 ini boleh didapati di semua cawangan BlueCuba dan rakan pengedar Celcom Xclusive. Untuk mendapatkannya, pengguna perlu melanggan pelan Celcom Platinum Plus berkadar RM188/bulan, bersama satu talian tambahan RM48/bulan.

Hanya bayar untuk satu telefon Huawei P30 pada harga RM1,999 dan unit kedua akan diberikan percuma. Ambil maklum bahawa bayaran pendahuluan sebanyak RM1,600 perlu dibuat semasa pendaftaran dan ia akan direbatkan semula ke dalam bil dalam tempoh 10 bulan.

Harga baru iPhone 6s (pautan)

Bagi mereka yang mahu mencuba eksosistem iOS tanpa belanja terlampau, Celcom menawarkan iPhone 6s 32GB dengan harga baru RM1,499. Lebih menarik lagi, ia boleh dimiliki percuma jika mendaftar kontrak 24-bulan bersama pelan pascabyar Platinum RM148/bulan atau Platinum Plus RM188/bulan.

Tiada talian tambahan perlu didaftarkan tetapi pengguna perlu membayar wang deposit sebanyak RM1,300 yang kemudiannya akan direbatkan semula ke dalam bil pengguna. Tawaran ini sesuai untuk pengguna sedia ada pelan pascabyar Platinum atau Platinum Plus yang masih tidak mendaftar kontrak.

Oppo A3s 32GB hanya RM99 dengan Xpax XP50 + Video Walla 5GB (pautan)

Ekslusif untuk pendaftaran dalam talian sahaja, Celcom kini menawarkan Oppo A3s 32GB bernilai RM549 pada harga RM99 sahaja. Dengan syarat, mendaftar kontrak 24-bulan bersama pelan pascabayar Xpax XP50 dan ditambah video Walla 5GB, berkadar RM60/bulan.

BACA  Tambang Grab akan naik kerana masih ramai pemandu tidak memiliki lesen PSV?

Seperti biasa, wang pendahuluan sebanyak RM350 diperlukan dan ia akan direbatkan ke dalam bil pengguna. Pelan Xpax XP50 memberikan 10GB data kepada pengguna bersama panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

Gadget Raya, barulah bergaya! (pautan)

Setiap hari selama 30 hari dari 22 Mei sehingga 20 Jun 2019, Celcom akan mengumumkan tawaran eksklusif untuk gajet dan aksesori. Selain harga diskaun, orang ramai turut boleh memiliki gajet terkini seperti jam pintar, dron, gimbal dan banyak lagi menerusi ansuran mudah.

Rujuk senarai tawaran harian menerusi gambar di bawah dan semak cawangan Celcom BlueCube yang mengambil bahagian di sini. Jangan terlepas, tawaran disediakan selagi stok masih ada.