• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tips tangkap gambar Makanan di Bazar Ramadan #ShotoniPhone

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 9:38 am
  • 29/05/2019
  • Komen
Tips tangkap gambar Makanan di Bazar Ramadan #ShotoniPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum Syawal menjelang, Apple Malaysia telah berkongsi video dan gambar #ShotoniPhone yang menakjubkan oleh beberapa jurugambar tempatan.

Tema gambar yang diambil kali ini berdasarkan elemen penting identiti Malaysia di bulan Ramadan iaitu Bazar Makanan.



Menerusi gambar tersebut, para pembaca dapat merasai kepelbagaian jenis makanan yang terdapat di bazar, dalam bulan Ramadan ini.

Bukan itu sahaja, jurugambar ini juga turut berkongsi beberapa tips berguna untuk mengambil gambar dan video yang menarik, menggunakan telefon pintar.



Apam Balik

Gambar apam balik yang kelihatan menyelerakan di atas diambil oleh Sufian Ghaffar dengan menggunakan iPhone XS dan iPhone XR.

Untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik, Sufian juga turut berkongsi beberapa tips. Antaranya:

  • Gunakan lensa sudut lebar untuk dapatkan gambar lebih luas dan dapat memberikan kesan dramatik pada subjek.
  • Gunakan mod potret untuk dapatkan kesan kabur atau bokeh pada latar belakang dan menyerlahkan butiran subjek.

Bagi menghasilkan sebuah video ringkas yang menarik, Suffian juga menggunakan teknik:

  • Time Lapse – untuk memberikan rasa suasana Bazar Ramadan dengan menonjolkan pergerakan orang ramai yang cepat semasa waktu puncak.
  • Slow-motion – digunakan untuk menyerlahkan butiran setiap pergerakan (contoh: menabur gula dan kacang)
  • Untuk dapatkan kualiti gambar yang baik, gunakan shot dekat terhadap subjek.

Untuk suntingan pula, Suffian menggunakan iMovie dan Vue App. iMovie digunakan kerana aplikasi tersebut sudah tersedia pada iPhone dan Vue App digunakan untuk menetapkan video kepada mod menegak.

Kepak Ayam Madu

Dengan menggunakan fungsi seperti Time Lapse, Slow-Motion dan mod Potret pada iPhone XS Max, Ahady Rezan berjaya mengambil gambar kepak ayam madu dengan cantik sekali.

Antara tips yang dikongsikan oleh Ahady sendiri ialah:

  • Cuba untuk berada di lokasi seawal mungkin atau apabila peniaga sedang membuat persiapan perniagaannya. Jadi ia memberikan anda masa untuk merancang penggambaran anda.
  • Cuba bermain dengan fungsi kamera iPhone seperti mod Potret, Time-Lapse dan Slow-Motion.
  • Sediakan storyboard ringkas. Ini kerana ia akan membantu dalam merancang turutan video anda.
  • Ambil sebanyak mungkin gambar yang boleh. Ia akan membantu anda dalam proses suntingan.

Ahady hanya menggunakan tiga aplikasi suntingan iaitu Mojo dan Inshot untuk video dan Adobe Lightroom untuk gambar.

Kuey Teow Goreng

Gambar kuey teow goreng yang lazat dan menarik ini diambil oleh Shaz Sharif dengan menggunakan fungsi kamera seperti Time Lapse, Slow-Motion dan mod Potret pada iPhone XR dan iPhone XS.

Terdapat beberapa tips yang ingin dikongsi oleh Shaz sendiri. Antaranya:

  • Untuk berikan impak yang lebih, cuba ambil momen atau pergerakan dengan menggunakan fungsi kamera yang bersesuaian (mod Potret, Time Lapse dan Slow-Motion).
  • Lebih dekat lensa kamera anda dengan subjek, lebih berkualiti gambar yang ditangkap.
  • Jangan lupa untuk mengaktifkan fungsi Smart HDR untuk pastikan anda tidak kehilangan butiran pada gambar.

Sama seperti Ahady, Shaz juga menggunakan Mojo dan Inshot untuk suntingan video dan Adobe Lightroom untuk suntingan gambar.

Nasi Arab dan Shawarma Ayam

Bagi Aazmeer Iskandar pula, beliau mengambil gambar-gambar di atas menggunakan iPhone XR. Ini kerana bagi dia fungsi mod Potret yang ada pada iPhone XR berjaya menghasilkan gambar potret yang menarik.

Untuk menghasilkan sebuah imej yang menarik, tips dari Aazmeer adalah seseorang itu perlu sentiasa berfikir di luar kotak dan cuba untuk menangkap gambar dari sudut yang berbeza.

Hal tersebut kerana baginya ia merupakan suatu keseronokan untuk bermain dengan sudut gambar selagi anda berpegang kepada Rules of Third.

Untuk suntingan pula, Aazmeer juga menasihati agar tidak terlalu banyak menggunakan aplikasi suntingan kerana ia akan mengurangkan kualiti gambar.

Bagi dia, Adobe Lightroom merupakan aplikasi yang seringkali digunakan untuk mencantikkan gambar selain menggunakan fungsi suntingan pada Instagram.

Tags: AdobeAdobe LightroomiMovieInshotiPhone XRiPhone XSMojoVue App
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tips tangkap gambar Makanan di Bazar Ramadan #ShotoniPhone

Tips tangkap gambar Makanan di Bazar Ramadan #ShotoniPhone

29 May 2019
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN