• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Suruhanjaya Tenaga tidak berpuas hati dengan alasan TNB, akan siasat aduan orang ramai

  • OLEH Najib
  • 10:14 am
  • 29/05/2019
  • Komen
Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga
Share on FacebookShare on Twitter

Kekecohan kenaikan bil elektrik yang melampau akhirnya akan diambil tindakan oleh kerajaan. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengarahkan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang tinggi yang dikenakan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, pihaknya telah menerima lebih 300 aduan dari seluruh negara berkenaan isu ini dan ST akan mengambil masa 14 hari untuk menyiasat kedudukan aduan tersebut. TNB telah berjumpa dengan ST dan telah mengemukakan tiga alasan berhubung isu bil elektrik naik mendadak. Bagaimanapun pihak ST tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan dan siasatan seterusnya akan dijalankan.



https://www.youtube.com/watch?v=JK_VNBA6BM0

Antara alasan yang dikemukan TNB ialah pembilan yang dibuat melebihi 30 hari, malah ada kes di mana bil eletrik dikira sehingga 38 hari.

Alasan ini menunjukkan terdapat ‘kecuaian’ teknikal di pihak syarikat utiliti itu dan oleh itu, TNB perlu bertanggungjawab sepenuhnya, katanya.



Tambah Bee Yin, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap TNB jika syarikat utiliti itu didapati tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 9C Akta Bekalan Elektrik 1990, di mana ia perlu memenuhi standard prestasi pembekalan dan perkhidmatan pengguna.

TNB boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 bagi setiap kes yang diadukan oleh pengguna sekiranya didapati bersalah.

Selain itu, TNB yang juga pemegang lesen dalam isu itu boleh dicaj RM500 sehari atas sebab kelewatan menyelesaikan kes pengguna.

Orang ramai diseru untuk menyemak bil elektrik mereka kepada TNB terlebih dahulu sebelum mengemukakan aduan kepada ST jika tidak dilayan dengan adil.

Sumber: Sinar Harian

Tags: Suruhanjaya TenagaTNB
Najib

Najib

POPULAR

Masalah bil elektrik melambung tinggi, TNB minta buat aduan ke kedai Tenaga

Suruhanjaya Tenaga tidak berpuas hati dengan alasan TNB, akan siasat aduan orang ramai

29 May 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN