• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tawaran minit akhir Raya dengan Wiko

  • OLEH Najib
  • 5:03 pm
  • 29/05/2019
  • Komen
Tawaran minit akhir Raya dengan Wiko
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin banyak promosi kelihatan apabila Syawal hampir tiba. Kini di minggu akhir Ramadan, Wiko Malaysia mula menawarkan promosi minit akhir Raya dengan pelbagai tawaran penghabisan stok, hadiah percuma dan diskaun melebihi 50%, dari 29 hingga 31 Mei 2019.

Jualan penghabisan stok Wiko menawarkan telefon pintar model lama dengan harga terlampau rendah. Banyak yang disenaraikan adalah dari siri-Y. Kebanyakan telefon ini tidak menyokong rangkaian 4G.



  • Wiko Jerry (1GB+8GB) – RM161
  • Wiko Lenny 3 (1GB+16GB) – RM182
  • Wiko Robby (1GB+16GB) – RM189
  • Wiko Kenny (2GB+16GB) – RM214

Wiko Jerry paling murah, hanya ada kamera belakang dengan storan kecil 8GB. Wiko Lenny 3 pula miliki storan 16GB, bersama kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP. Wiko Robby dipasang skrin lebih besar 5.5-inci bersama speaker stereo, untuk pengalaman multimedia lebih menarik.

Jika mahu telefon 4G termurah, Kenny adalah pilihan. Selain menyokong 4G, ia juga ada RAM 2GB bersama skrin 5-inci HD serta kamera 8MP di belakang dan 5MP di depan. Kesemua telefon di atas datang bersama hadiah percuma berupa casing, pelindung skrin dan earfon.



Selain siri-Y, Wiko juga menawarkan hadiah percuma dan diskaun untuk siri-U. Siri-U memiliki perkakas yang lebih lengkap seperti adanya pengimbas capjari. Terdapat 2 model dalam tawaran kali ini iaitu:

  • Wiko UFeel Lite (2GB+16GB) – RM289
  • Wiko UFeel (3GB+16GB) – RM320

Kedua-dua telefon di atas memiliki spesifikasi hampir sama seperti skin 5-inci HD bersama pengimbas capjari. Tetapi kamera di UFeel lebih kerana menggunakan kamera 13MP di belakang dan 5MP di hadapan, berbanding UFeel Lite hanya 8MP di belakang dan 5MP di depan.

Wiko juga membuat tawaran menarik untuk View 2 Pro, berharga hanya RM563. Telefon ini paling sesuai untuk kegunaan biasa dengan prestasi lebih baik dari semua model di atas. View 2 Pro dikuasakan cip Snapdragon 450, RAM 4GB dan storan 64GB. Kameranya ada dua di belakang, dengan kamera utama 16MP dan kamera bersudut lebar 8MP. Kamera hadapan pula 16MP dengan teknologi Big Pixel untuk tangkapan gambar lebih cerah.

Jika berminat untuk mendapatkan telefon pintar dengan harga super murah dari Wiko ini, boleh layari Stor Wiko di Lazada sekarang. Promosi ini berjalan selama 3 hari sahaja, dari 29 hingga 31 Mei 2019.

Tags: Hari RayaWiko
Najib

Najib

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Tawaran minit akhir Raya dengan Wiko

Tawaran minit akhir Raya dengan Wiko

29 Mei 2019
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

Ini cara Apple hukum anda yang beli Macbook Pro 13″ M2 termurah

27 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER