fbpx

ZenBook 13, 14 dan 15 hadir dengan dwiskrin generasi kedua

Baru-baru ini, Asus mengumumkan model terbaru siri komputer riba ZenBook, iaitu ZenBook 13, ZenBook 14 dan ZenBook 15. Tiga komputer riba tersebut bakal hadir dengan rekaan dan spesifikasi yang lebih mantap.

Pada spesifikasi dalamanya, peranti tersebut dikuasakan dengan cip pemproses terkini generasi ke-8 Intel Core i7, dan ia juga dilengkapi dengan SSD PCIe® dan RAM sehingga 16GB. Sekali gus, ia mampu meningkatkan lagi produktiviti harian pengguna.

Seperti komputer riba yang lain, ketiga-tiga ZenBook baru ini turut mempunyai kad grafik sendiri. ZenBook 13 dan ZenBook 14 dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 pula pada ZenBook 15.

Bukan itu sahaja, peranti tersebut turut membantu para pengguna untuk sentiasa berhubung dengan melengkapkan peranti ZenBook dengan gigabit-class Wi-Fi 5 (802.11ac) dan juga Bluetooth versi terbaru iaitu Bluetooth 5.0.

Selari dengan namanya, model terbaru ZenBook itu hadir dengan skrin bersaiz 13, 14 dan 15 inci serta bezel ultra nipis di semua empat sisi skrin peranti, mencipta nisbah skrin-ke-badan sebanyak 95%.

Namun apa yang menarik dengan model ZenBook terbaru ini adalah ia hadir dengan ScreenPad 2.0 dengan paparan skrin bersaiz 5.65 inci. Bukan itu sahaja, Asus juga menjanjikan jangka hayat bateri 2.5 kali lebih lama, walaupun masih menggunakan fungsi ScreenPad tersebut.

SkrinPad adalah merupakan skrin kedua yang bergabung dengan pad sesentuh pada laptop tersebut. Berfungsi seperti touch screen, ia membantu para pengguna meningkatkan produktiviti dan membolehkan aliran kerja yang lebih cekap.

Walau bagaimanpun, pihak Asus masih belum mengumumkan tarikh pelancaran serta harga model terbaru dari siri ZenBook tersebut.

BACA  TNB Rugi RM3.2 Juta Dek Lombong Haram Kriptowang