Apabila bercakap sebuah telefon pintar yang mempunyai fungsi-fungsi menarik seperti pengimbas cap jari, dwikamera, skrin telefon beresolusi HD plus, dan bateri berkapasiti besar, pasti ramai menganggap telefon tersebut merupakan sebuah telefon yang mahal
Ia mungkin benar. Namun siapa sangka kini, terdapat banyak telefon pintar berharga bawah RM600, memiliki fungsi tersebut. Ia sekali gus memberikan pengguna pengalaman lebih lengkap di telefon pintar dengan harga yang mampu milik.
Kali ini, SoyaCincau ingin membawa pembaca 10 telefon pintar terbaik dengan harga bawah RM600. 10 telefon pintar yang berjaya melayakkan diri mereka ke dalam kategori kali ini ialah:
- Samsung Galaxy M10
- Huawei Y5 2019
- Nokia 3.2
- Vivo Y91C
- Xiaomi Redmi 7
- Honor 8C
- Nokia 4.2
- Oppo A5s
- Realme 3
- Vivo Y93
Diantara kesemua telefon tersebut, yang manakah menjadi pilihan berbaloi untuk anda miliki dengan harga kurang dari RM600? Ikuti analisis kami di halaman seterusnya.
[nextpage title=”Analisis”]
Apa kata kita lihat dulu kesemua spesifikasi telefon pintar kelas pertengahan bawah RM600 ini :
Seperti yang anda lihat pada jadual diatas, hanya lapan sahaja telefon hadir dengan paparan saiz skrin yang hampir sama iaitu sekitar 6 inci. Hanya Nokia 4.2 dan Huawei Y5 2019 yang memiliki saiz skrin lebih kecil iaitu 5.71 inci. Namun ianya tidaklah jauh ketinggalan berbanding yang lain.
Selain itu juga, kesemua telefon tersebut hadir dengan rekaan skrin bertakuk dan beresolusi HD plus.
Menerusi jadual diatas juga, kita dapat lihat 3 jenama CPU yang berbeza iaitu, Snapdragon, Mediatek dan Exynos. Tiga daripadanya adalah dari Snapdragon iaitu Snapdragon 429, Snapdragon 439 dan Snapdragon 632. Empat lagi daripadanya, Mediatek iaitu Mediatek 6762, Helio P60, Mediatek 6567 dan Mediatek Helio A22. Baki satu daripada telefon tersebut merupakan CPU Exynos 7870.
Memandangkan kesemua telefon tersebut hadir dengan kualiti CPU yang tidak setara, sukar untuk saya jelaskan CPU manakah yang terbaik. Namun jika disusun secara menurun Mediatek Helio P60 berada ditangga teratas dan Exynos 7870 berada ditangga yang tercorot.
Jika dilihat pula pada jabatan storan, kesemua telefon yang tersenarai, hanya Samsung Galaxy M10 dan Xiaomi Redmi 7 edisi 2GB yang memiliki storan dalaman yang kecil iaitu 16GB. Manakala lagi lapan telefon tersebut hadir dengan memori sebesar 32GB.
Namun anda tidak perlu risau, ianya kerana kesemua telefon pintar tersebut menyokong memori tambahan. Tetapi, hanya 5 daripada 10 telefon tersebut memiliki tri-slot, dimana pengguna masih boleh menggunakan dua sim kad serta memori kad dalam sesebuah telefon.
Dua buah telefon iaitu Vivo Y93, Nokia 3.2 dan Nokia 4.2 tidak pula dinyatakan dalam kertas sama ada mereka memiliki trislot atau sebaliknya, walaupun masih lagi menyokong memori tambahan.
Pada bahagian kamera pula, Vivo Y91C, Nokia 3.2 dan Huawei Y9 2019 sahaja yang memiliki satu kamera, manakala yang lain tersedia dengan dwikamera. Dari segi resolusinya pula, hampir kesemua telefon pintar tersebut mempunyai kamera beresolusi 13MP kecuali Xiaomi Redmi 7 yang datang dengan resolusi kamera 12MP.
Dari segi sistem operasi pula, 5 daripada 10 telefon tersebut mendokong sistem operasi Android 8.1, manakala lagi lima buah telefon tersedia dengan Android 9 Pie.
Namun perlu anda ketahui bahawa, telefon kelas pertengahan selalunya tidak menerima sebarang kemas kini sistem operasi. Berbeza pula dengan Nokia 3.2 dan Nokia 4.2 kerana ia menggunakan Android One, bermakna dua peranti nokia ini akan menerima kemas kini sistem operasi selama 2 tahun.
Jika dilihat pula pada bateri, Realme 3 dan Oppo A5s menyediakan bateri terbesar antara yang lain iaitu 4230mAh. Namun ia tidaklah meninggalkan pesaingnya begitu jauh.
Telefon manakah yang berbaloi untuk anda?
Jika anda ingin memiliki sebuah telefon pintar utama, Realme 3 merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Hal ini kerana, ianya memiliki bateri berkapasiti besar diantara lain iaitu 4230mAh.
Selain itu, telefon tersebut juga mendokong sistem operasi yang terbaru, Android 9 Pie dan diiringi dengan CPU Mediatek Helio P60 yang mampu melakukan tugas-tugas yang agak berat seperti bermain permain video dan menjalankan beberapa aplikasi serentak.
Jika anda seorang kaki selfie, Realme 3 sangat sesuai dengan diri anda kerana ianya memiliki kamera hadapan 13MP dengan ciri AI beauty, selain memiliki skrin yang luas dan beresolusi HD plus.
Namun jika anda bertanya kepada saya, manakah telefon yang akan saya pilih, secara peribadinya saya akan memilih Xiaomi Redmi 7 edisi 2GB.
Dengan harga yang murah iaitu RM499, ianya mampu memberikan saya mengalaman menonton video yang menarik kerana peranti itu hadir dengan skrin yang luas dan beresolusi HD Plus.
Bukan itu sahaja, Redmi 7 juga datang dengan bateri berkapasiti 4000mAh, cukup untuk saya gunakan dalam melayari internet serta media sosial, selain menjalankan tugas asas telefon pintar.
[nextpage title=”Samsung Galaxy M10″]
Hadir dengan abangnya iaitu M20, M10 merupakan siri Galaxy M yang murah dari Samsung.
Ia hadir dengan paparan skrin sebesar 6.2 inci dengan panel beresolusi 720p. Pada papan utama, ia dikuasakan CPU Exynos 7870 yang bergandingan bersama RAM 2GB serta storan dalaman 16GB.
Dari segi menguasaan kamera pula, ianya memiliki dwikamera pada kamera belakang dengan resolusi 13MP dan 5MP. Kamera hadapan pula tersedia dengan resolusi 5MP.
Anda boleh dapati Samsung Galaxy M10 pada harga RM 499 di laman rasmi Samsung.
[nextpage title=”Huawei Y5 2019″]
Telefon keluaran Huawei yang bakal hadir pada jumaat ini, 31 Mei 2019, boleh didapati dengan harga RM 459 sahaja. Ia boleh didapati di semua Stor Huawei Experience serta Stor Online Huawei Malaysia.
Memiliki rekaan skrin bertakuk, ia memiliki saiz skrin sebesar 5.71 inci. Amat sesuai buat mereka yang suka menggunakan telefon hanya sebelah tangan. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki paparan skrin beresolusi HD plus.
Dengan memiliki slot khas untuk kad memori tambahan sehingga 512GB, ia juga memiliki memori dalaman sebesar 32GB dan dipadankan dengan 2GB RAM. Telefon ini juga dikuasi oleh chip pemprosesan Mediatek Helio A22.
Pada kamera pula, telefon ini digandingkan dengan 13MP F1.8 pada kamera belakang dan 5MP pada kamera hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini, anda boleh layari laman rasmi Huawei dan laman Facebook rasmi Huawei.
[nextpage title=”Nokia 3.2″]
Hadir selepas abangnya, Nokia 4.2, Nokia 3.2 menawarkan telefon dengan paparan skrin yang lebih besar dan murah berbanding Nokia 4.2. Memiliki rekaan skrin bertakuk untuk kamera hadapan, ia memiliki skrin sebesar 6.26 inci. Selain itu, skrinnya juga beresolusi HD plus.
Pada bahagian dalaman pula, telefon pintar ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 429 bersama RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Ia juga menyokong memori tambahan sehingga 400GB.
Seperti telefon Nokia yang lain, ia juga menggunakan sistem operasi Android One. Ini bermakna, pengguna berpeluang untuk terus menerima kemas kini sistem operasi selama dua tahun.
Berharga RM 499, anda boleh dapatkan telefon pintar ini dari pengedar sah Nokia yang tersenarai di sini. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook rasmi Nokia.
[nextpage title=”Vivo Y91C”]
Mula dilancarkan di Malaysia pada 18 Mac 2019 yang lalu, telefon keluaran Vivo ini didatangi dengan skrin bersaiz 6.22 inci dengan panel beresolusi 720p.
Selain itu, telefon ini juga dikuasakan oleh bateri berkapasiti 4030mAh. Ia turut dikuasakan dengan CPU Mediatek MT6762 serta diiringi dengan RAM 2GB dan memori dalaman sebanyak 32GB.
Telefon ini juga hadir dengan kamera beresolusi 13MP pada kamera utama dan kamera hadapan dengan resolusi 5MP. Vivo Y91C ini tersedia dengan teknologi Face Access, dimana telefon ini boleh membuka kunci keselamatan dengan hanya menggunakan wajah anda sahaja,
Berharga RM 499, anda boleh dapatkan telefon ini di laman rasmi Vivo.
[nextpage title=”Xiaomi Redmi 7″]
Mempunyai dua edisi iaitu edisi 2GB+16GB dan 3GB+32GB, Xiaomi Redmi 7 merupakan model terbaru dari siri Redmi. Ia juga didatangi dengan paparan skrin bersaiz 6.26 inci serta beresolusi HD Plus.
Walaupun ia memiliki memori dalaman yang kecil iaitu 16GB dan 32GB, namun ia mempunyai slot memori tambahan khas yang mampu menyokong sehingga 512GB. Bukan itu sahaja, telefon ini dikuasakan dengan bateri berkapasiti sebesar 4000mAh yang mampu menemani anda seharian.
Menjalankan sistem operasi Android terkini, Android 9 Pie, Redmi 7 mempunyai rekaan dwikamera pada kamera utamanya dengan sensor 12MP dan 2MP. Manakala kamera hadapan pula tersedia kamera beresolusi 8MP dengan ciri AI Beautify.
Memiliki tiga pilihan warna yang menarik iaitu Lunar Red, Eclipse Black, Comet Blue, anda boleh dapatkannya di pasaran dengan harga RM 499 bagi edisi 2GB+16GB dan RM599 bagi edisi 3GB+32GB. Untuk Maklumat lanjut sila layari laman rasmi Xiaomi.
[nextpage title=”Honor 8C”]
Honor 8C merupakan telefon keluaran Honor yang dilancarkan di Malaysia pada 5 April 2019 lalu. telefon pintar dari Honor ini memiliki rekaan skrin bertakuk dan skrin bersaiz 6.26 inci.
Telefon ini juga dikuasai oleh CPU Snapdragon 632 serta RAM sebesar 3GB. Ia sekaligus memberikan pengalaman bermain permainan video yang amat lancar.
Pada bahagian pengimejan pula, telefon ini dikuasai oleh dwikamera pada kamera utamanya dengan sensor sebesar 13MP dan 2MP. Kamera utamanya juga punyai ciri AI yang mampu mengenal pasti dan mengoptimumkan 500 jenis senario pada 22 kategori.
Anda boleh dapatkan telefon Honor 8C ini di pasaran dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu emas, hitam, biru dan ungun dengan harga RM 599. Ketahui lebih lanjut mengenai telefon ini di laman rasmi Honor.
[nextpage title=”Nokia 4.2″]
Nama Nokia tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah mendominasi dunia teknologi telefon bimbit pada suatu ketika dahulu, kini telefon Nokia hadir dengan siri telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android. Ianya termasuklah Nokia 4.2 ini.
Nokia 4.2 datang dengan paparan skrin yang bersaiz 5.71 inci serta beresolusi HD Plus selain memiliki bateri berkapasiti 3000mAh. Bukan itu sahaja, peranti ini dikuasi oleh CPU Snapdragon 432 serta RAM sebesar 32GB dan storan dalaman 32GB.
Dari segi keupayaan kameranya pula, Nokia 4.2 memilik dwikamera yang beresolusi 13MP dan 2MP dan ditemani kamera hadapan yang berkeupayaan 8MP.
Memiliki dua pilihan warna, hitam dan Pink Sand, anda boleh dapati telefon ini di pasaran berharga RM599. Anda boleh layari laman sesawang rasmi Nokia untuk maklumat lebih lanjut.
[nextpage title=”Oppo A5s”]
Setelah sekian lama Oppo tidak mengeluarkan telefon pintar bajet, kini mereka telah melancarkan sebuah model terbaru di bawah harga RM600, Oppo A5s.
Memiliki skrin sebesar 6.2-inci dengan takuk kecil di atas, ia juga hadir dengan resolusi HD+ 1520×720. Selain itu, telefon ini juga dikuasakan dengan pemproses Mediatek 6765, bersama 3GB dan storan 32GB.
Kamera di belakang pula, memperlihatkan rekaan dwikamera dengan lensa 13MP+2MP. Manakala kamera hadapannya menggunakan lensa 8MP F2.0 dilengkapi mod AI Beautification.
Datang dengan bateri bersaiz mega, 4230mAh, telefon berharga RM 599 ini boleh didapati di pasaran. Ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar ini di laman rasmi Oppo.
[nextpage title=”Realme 3″]
Sama seperti telefon kelas pertengahan yang lain, Realme 3 juga hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.22 inci beresolusi HD Plus. Telefon ini dikuasai oleh CPU terbaik bagi kelas pertengahan iaitu Mediatek Helio P60 dan dipadankan dengan 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.
Bukan itu sahaja, ianya juga memiliki bateri berkapasiti 4230mAh, sekaligus memberikan pengalaman bermain permain video pada telefon tersebut dengan lebih lama.
Pada kekuatan kameranya pula, ia dijanakan dengan dwikamera bersensor 13MP dan 2MP pada kamera belakang yang mampu memberikan kesan bokeh pada imej yang ditangkap. Selain itu, ia hadir dengan kamera hadapan yang juga beresolusi 13MP.
Berharga RM 599, anda boleh dapatkan telefon keluaran Realme ini di pasaran menerusi laman rasmi Realme.
[nextpage title=”Vivo Y93″]
Berbeza dengan Vivo Y91C tadi, Vivo Y93 merupakan telefon keluaran Vivo yang menyasarkan pengguna kelas pertengahan dengan perkakas yang lebih premium berbanding Vivo Y91C.
Pada papan utamanya, telefon ini dikuasai oleh Snapdragon 439 dan digandingkan dengan 3GB RAM serta storan dalaman sebesar 32GB. Walaupun storannya agak kecil, ia menyokong memori tambahan sehingga 256GB.
Dari segi paparan skrin pula, ia memiliki skrin rekaan bertakuk dan bersaiz 6.22 inci HD Plus. Sekaligus memberikan pengalaman menonton video dengan penuh kepuasan. Bukan itu sahaja, ia turut memiliki dwikamera dengan sensor 13MP dan 2MP. Kamera hadapan pula dikuasai oleh sensor 8MP.
Vivo Y93 boleh didapati dipasaran dengan harga RM 599 menerusi kedai rasmi Vivo. Anda boleh layari laman rasmi Vivo untuk ketahui lebih lanjut mengenai telefon ini.