• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB akan pulangkan lebihan bayaran jika terbukti silap caj pelanggan

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 30/05/2019
  • Komen
Kelajuan jalur lebar TNB cecah lebih 900Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

Jika benar terdapat lebihan caj dalam bil yang dikeluarkan Tenaga Nasional Bhd (TNB), mereka akan memulangkannya dalam bil seterusnya. Ini janji TNB dalam kenyataan media mereka.

Syarikat itu dalam kenyataan memberitahu, fokus utama TNB adalah untuk memastikan setiap aduan pengguna disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil. TNB juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu ini. Kepada pelanggan yang terlibat, TNB memohon maaf atas kesulitan yang timbul.



TNB memandang serius kerunsingan pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan mendadak dalam tarif bil terbaru. Mereka kini sedang melaksanakan satu usaha menyeluruh untuk menangani isu ini dengan terperinci.

Pelanggan yang berhadapan isu bil yang meningkat mendadak ini boleh membuat aduan secara bersemuka di Kedai Tenaga yang berhampiran atau dengan menghubungi TNB CareLine di talian 1300-88-5454.



Walaupun memberi jaminan ini, TNB dilihat masih belum ada jawapan kenapa masalah ini berlaku kepada ramai pelanggan. ST sendiri sebelum ini menolak alasan TNB dan menganggap ia kecuaian teknikal di pihak TNB. ST akan mengambil masa 14 hari untuk menyiasat kedudukan aduan tersebut.

Jika didapati bersalah, TNB boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 bagi setiap kes yang diadukan oleh pengguna. Selain itu, TNB juga boleh dicaj RM500 sehari atas sebab kelewatan menyelesaikan kes pengguna.

Sumber: Utusan, Malay Mail

Tags: Suruhanjaya TenagaTNB
Najib

Najib

POPULAR

Kelajuan jalur lebar TNB cecah lebih 900Mbps

TNB akan pulangkan lebihan bayaran jika terbukti silap caj pelanggan

30 May 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN