• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPod Touch belum mati, kembali dengan storan dalaman sehingga 256GB

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 3:08 pm
  • 31/05/2019
  • Komen
iPod Touch belum mati, kembali dengan storan dalaman sehingga 256GB
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa di sini peminat tegar iPod Touch? Ada berita gembira buat anda. Apple baru sahaja mengumumkan iPod Touch terkini iaitu iPod Touch Generasi ke-7.

Apa yang baru dengan iPod Touch Generasi ke-7 ini? Kali ini Apple telah membuat beberapa penambahbaikan pada memori dan prestasi iPod tersebut.



Masih mengekalkan rekaan iPod Touch yang lama seperti iPhone 5 yang memiliki skrin seluas 4 inci dan tidak memiliki pengimbas cap jari, peranti tersebut dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A10 Fusion.

Sekali gus, peranti tersebut mampu memberikan pengguna pengalaman AR yang menarik dan Facetime berkumpulan buat pertama kali pada model iPod Touch.



Bukan itu sahaja, peranti terbaru ini membolehkan pengguna bermain permainan video dan menjalankan beberapa aplikasi baru.

Spesifikasi lain peranti tersebut masih lagi sama seperti model yang lama. iPod Touch Generasi ke-7 juga memiliki 8MP f2.4 pada kamera utama dan 1.2MP f2.2 kamera Facetime HD pada kamera depannya.

Pada bahagian baterinya pula, ia mampu bertahan selama 40 jam mainkan muzik atau 8 jam menonton video. Peranti tersebut juga menjalankan sistem operasi iOS 12.

iPod Touch terbaru ini menawarkan 6 pilihan warna iaitu Space Grey, White, Gold, Blue, Pink dan (PRODUCT) RED.

Anda boleh dapatkan iPod Touch Generasi ke-7 ini dengan tiga pilihan memori dalaman iaitu 32GB, 128GB dan 256GB dengan masing-masing harga RM899, RM1349 dan RM1799. Walaupun peranti ini telah disenaraikan dalam Apple Online Store di Malaysia, tetapi pengguna masih tidak boleh memesannya buat masa kini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi Apple.

Tags: appleApple iPod TouchApple iPod Touch 7th Genapple malaysiaiPod Touch
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER