• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

T disahkan sebagai keluarga terbaru Mi 9

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 31/05/2019
  • Komen
T disahkan sebagai keluarga terbaru Mi 9
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang kedatangan Mi 9T akhirnya disahkan sendiri oleh Xiaomi. Ia berikutan kicauan yang dimuat naik menerusi akaun @Xiaomi.

Sehari sebelumnya, Xiaomi berkicau tentang ketibaan model ketiga dalam keluarga Mi 9, menyertai Mi 9 dan Mi 9 SE. Mereka bertanyakan adakah ia sepatutnya model K, I atau T.



K, I or T…Which letter would you choose for the newest member of our Mi9 family? why? #PopUpInStyle pic.twitter.com/Ks5xokWrUG

— Xiaomi (@Xiaomi) May 29, 2019

Kemudian persoalan itu dijawab dengan muat naik sebuah gambar yang tertera, It’s T-Time. Xiaomi juga menjelaskan ia adalah jawapan kepada Mi 9T. Kemudian mereka menimbulkan persoalan baru, cuba teka apa makna T.

Here's the answer! Mi 9T is coming soon! Guess what T stands for? pic.twitter.com/0mY2N7lnSx

— Xiaomi (@Xiaomi) May 30, 2019

Xiaomi Mi 9T dijangka adalah versi antarabangsa buat Redmi K20 yang baru dilancarkan di China. Ia memiliki skrin AMOLED berukuran 6.39-inci HD Penuh+ tanpa takuk dan lubang, menampilkan kamera hadapan tersembunyi dalam modul pop-up.



Jika benar sama dengan Redmi K20, Mi 9T akan menggunakan pemproses Snapdragon 730. Malah, mungkin akan ada versi Mi 9T Pro yang sama dengan Redmi K20 Pro, dikuasakan cip Snapdragon 855.

Selain itu, ia akan disertakan tiga kamera belakang dengan kamera utama 48MP serta bateri besar berkapasiti 4,000mAh. Kenali lebih lanjut tentang Redmi K20 dan K20 Pro semasa pelancarannya di sini.

Lebih menarik lagi, satu model yang dikatakan Mi 9T telah ditemui tersenarai di SIRIM. Bermakna, ia sedia digunakan di Malaysia dan akan mula dijual tidak lama lagi.

Berbalik kepada persoalan yang ditinggalkan tadi, apa agaknya makna huruf T pada Mi 9T? Apa pendapat anda?

Tags: Mi 9TRedmi K20xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

T disahkan sebagai keluarga terbaru Mi 9

T disahkan sebagai keluarga terbaru Mi 9

31 May 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER