• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Orang kelantan paling ramai balik raya guna helikopter

  • OLEH Najib
  • 1:12 pm
  • 31/05/2019
  • Komen
Orang kelantan paling ramai balik raya guna helikopter
Share on FacebookShare on Twitter

Selain menggunakan kenderaan seperti kereta persendirian, menaiki bas ekspress ataupun keretapi untuk pulang ke kampung berhari raya, orang ramai mempunyai pilihan di udara iaitu menaiki kapal terbang. Tetapi jika mahu lebih eksklusif, terdapat perkhidmatan menaiki helikopter untuk pulang berhari raya disediakan.

Menurut pemilik syarikat Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa, lebih 20 buah helikopter disediakan bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini. Perkhidmatan di musim perayaan ini adalah kali pertama diperkenalkan.



Syarikat ini telah beroperasi sejak tiga tahun lalu, menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

“Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Pada hari biasa, hanya terdapat enam buah helikopter disediakan. Untuk musim raya ini, kita menyediakan lebih 20 buah helikopter,” jelas Hazmi.



Untuk Kelantan sahaja, sudah ada empat penerbangan setakat ini. Terdapat dua jenis helikopter disediakan iaitu muatan 3 penumpang dan 6 penumpang.

Kosnya pula mencecah RM30,000 sehala. Manakala untuk muatan enam penumpang, ia dikenakan bayaran RM17,000 sejam, dengan waktu perjalanan selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Hazmi melihat terdapat permintaan yang menggalakkan dari perkhidmatan yang beliau sediakan. Beliau mungkin akan meneruskannya untuk musim-musim perayaan seterusnya.

Sumber: Sinar Harian

Tags: Hari RayaHelikopter
Najib

Najib

POPULAR

Orang kelantan paling ramai balik raya guna helikopter

Orang kelantan paling ramai balik raya guna helikopter

31 May 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN