fbpx

10 Fungsi Yang Menarik Pada iPadOS, Sistem Operasi Baru Khas Untuk Tablet Apple

Apple sejak sekian lama cuba untuk mempromosikan iPad mereka sebagai pengganti kepada komputer laptop. Tapi untuk WWDC 2019, ia mungkin adalah langkah paling drastik pernah mereka ambil apabila mereka memperkenalkan iPadOS, sistem operasi yang dikhaskan untuk tablet untuk menggantikan iOS yang digunakan produk itu selama ini.

Ia bertujuan untuk memperhalusi sistem operasi tablet itu, agar agar lebih memanfaatkan keluasan paparan dan skrin sesentuh untuk mengoptimumkan produktiviti penggunanya. Contohnya, ciri yang paling penting pada tablet adalah multitasking.

Ini adalah 10 ciri menarik pada iPadOS yang baru.

Skrin perumah lebih bermaklumat

Tablet memiliki paparan yang besar. Tentunya merugikan jika ia hanya digunakan untuk menempatkan ikon-ikon APP sahaja. Contohnya, iPad 12.9″, ia hanya memaparkan APP dalam susunan 5×4 sahaja.

Namun, pada iPadOS, susunan itu telah dioptimumkan untuk memaparkan sehingga 6 ikon sebaris. Lebih menarik, anda bakal boleh letakkan widget untuk paparkan maklumat yang anda ingini.

Keupayaan Multitasking lebih mantap dengan fungsi Slide Over

Seperti anda melihat recent app pada iOS sekarang, Slide Over turut tawarkan fungsi seperti itu tapi dengan beberapa kelebihan lain.

Contohnya APP boleh dileretkan keliling paparan untuk diletakkan di kawasan skrin pilihan untuk anda jalankan lebih daripada 1 APP serentak.

Pengalaman Apple Pencil yang ditambah baik

Apple Pencil adalah satu stailus yang inovatif daripada Apple. Walaupun Samsung pertama sekali memperkenalkan stailus pelbagai guna untuk siri Note mereka, Pencil lebih praktikal disebabkan saiznya yang lebih semula jadi mudah dipegang.

Pada iPadOS, tahap jeda antara input dan gerak balas tablet terus dikurangkan. Selama ini 20ms adalah sudah cukup bagus untuk pelbagai kegunaan tapi, ia bakal jadi serendah 9ms sahaja.

BACA  Digi WiFi kini tersedia di lebih 7,000 lokasi seluruh negara

Skrinshot Penuh Untuk Diconteng

Jika ada laman web atau dokumen yang perlukan anda untuk komen, anda boleh mengambil skrinshotnya dan gunakan Pencil untuk mencatatkan nota padanya.

Jadikan iPad sebagai paparan sekunder Mac

Bila anda kemas kini komputer Mac anda kepada MacOS Catalina, anda boleh luaskan paparan Mac anda sehingga ke iPad. Sambungan boleh dilakukan secara fizikal ataupun secara wireless.

Lebih menarik, anda juga boleh jadikan iPad sebagai skrin sesentuh untuk Mac, contohnya bila anda perlukan sekeping pad melukis digital.

Fungsi menyunting teks yang ditambah baik

Menyunting teks adalah perkara biasa, tapi di iPad OS, pengalamannya adalah lebih baik. Menggunakan tiga jari serentak, anda boleh copy ataupun paste teks, undo, ataupun redo hanya dengan meleretkan tiga jari mengikut pergerakan tertentu.

QuickPath seperti iOS 13 tapi ada satu helah menarik

QuickPath adalah fungsi menaip menggunakan leretan jari seperti yang diperknalkan pada iOS 13. Tapi berbanding iOS, papan kekunci digital di iPadOS boleh ditanggalkan daripada dasar paparan dan terapung disekitarnya.

Pengendalian storan USB dan pengurusan fail lebih baik

Untuk memberikan pengalaman serupa komputer, APP Files telah diperhalusi dengan beberapa perkara baru. Contohnya ia menyertakan ruangan kolum baru dan sokongan akses storan luaran melalui sambungan USB.

Anda juga boleh wujudkan ataupun buang folder daripada Files dan akses rangkaian luar melalui protokol SMB.

Ciri multitingkap lebih segar

Multitasking dan multiwindow adalah benda biasa pada iPad. Tapi untuk kali ini, ia membenarkan anda melancarkan dua APP yang sama serantak dan letakkannya sebelah-menyebelah.

Perkara ini sangat berguna bila anda perlu untuk banding bezakan dua dokumen yang perlu dilancarkan menggunakan APP yang serupa.

BACA  iPad terbaru yang menyokong Pencil dan Keyboard telah tiba di Malaysia

Pelayar web sekuasa di desktop

Pelayar web Safari di peranti mudah alih sering kali adalah versi yang lebih ringan, tapi tidak di iPadOS. Anda tak lagi dihidangkan dengan laman web yang diformatkan untuk peranti mudah alih, sebaliknya versi penuh seperti yang dipaparkan untuk penggunakan desktop.

Tambah menarik, ada juga sokongan Download Manager untuk menguruskan muat turun anda.

Tablet mana yang akan terima iPadOS?

iPadOS akan diedarkan bersama-sama iOS 13 seawal September 2019. iPad yang menyokong sistem operasi baru ini ialah:

  • iPad Pro 9.7″
  • iPad Pro 10.5″
  • iPad Pro 11″
  • iPad Pro 12.9″
  • iPad Air Gen-3
  • iPad Air 2
  • iPad mini 4
  • iPad mini Gen-5
  • iPad 9.7″ Gen-5
  • iPad 9.7″ Gen-6

Layari laman rasmi iPadOS untuk maklumat lanjut.