• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM sudah ada CEO baru tapi bukan Imri, jelas PM

  • OLEH Najib
  • 9:11 pm
  • 05/06/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahahir hari ini mengesahkan Telekom Malaysia (TM) telah melantik Ketua Pegawai Operasi (CEO) baru. Perkara ini diumumkan kepada media di rumah terbuka Perdana Menteri hari ini.

Bagaimanapun, ia bukanlah dijawat oleh pemangku CEO TM kini, Imri Mokhtar. Perdana Menteri juga enggan memberitahu siapakah beliau.



TM tidak memilki CEO dari Jun 2018, apabila Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly meletak jawatan ketika itu. Shazalli juga merupakan penasihat media bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum itu, Datuk Seri Najib Razak. Sejak itu, kerusi CEO TM dipangku oleh Imri Mokhtar sehingga hari ini.

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly

Kerusi CEO TM hangat diperkatakan minggu ini apabila TM mengeluarkan kenyatan bahawa lembaga pengarah telah mencadangkan Imri sebagai CEO pada November lepas kepada MoF Incorporated. MoF Inc kemudian telah menerima cadangan tersebut dalam surat yang dikeluarkan pada 28 Februari 2019.



Imri Mokhtar

Tetapi Pengerusi TM, Rosli Man memberitahu lembaga pengarah pada Mac 2019 bahawa beliau telah menerima permintaan untuk menolak lantikan CEO baru itu, atas alasan untuk mendapatkan pendapat pemegang saham utama lain, antaranya Pejabat Perdana Menteri.

Rosli Man

Pada 1 Jun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula menyatakan, lantikan Rosli Man sebagai Pengerusi dan Imri Mokhtar sebagai pemangku CEO TM, megikut prosedur yang ditetapkan serta atas arahan Perdana Menteri. Selepas itu, Lim tidak menerima sebarang arahan dari Perdana Menteri untuk menukar pengerusi atau CEO TM.

Adakah Rosli Man cuba membawa muka baru untuk menerajui TM sebagai langkah transformasi di mana TM dilihat kurang berdaya saing kebelakangan ini.

Sumber: MalayMail

Tags: Telekom MalaysiaTM
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026

TM sudah ada CEO baru tapi bukan Imri, jelas PM

5 June 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN