• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T aka Redmi K20 versi antarabangsa akan dilancarkan pada 12 Jun

  • OLEH Najib
  • 1:09 pm
  • 07/06/2019
  • Komen
Mi 9T aka Redmi K20 versi antarabangsa akan dilancarkan pada 12 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan mengambil alih gelaran pembunuh peranti flagship, pasti ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan telefon pintar Redmi K20, yang membawa nama Mi 9T di pasaran antarabangsa. Kini, Xiaomi telah mengesahkan akan melancarkan Mi 9T tidak lama lagi.

Only 10 days left! The new #Mi9 member will launch on June 12th! Are you ready for more innovation for everyone from #Mi9T? #PopUpInStyle pic.twitter.com/TY8FTVBKaY

— Xiaomi (@Xiaomi) June 3, 2019

Majlis pelancaran Mi 9T akan berlangsung pada minggu depan, 12 Jun 2019. Di samping itu, Xiaomi turut berkongsi beberapa spesifikasi yang akan terdapat di Mi 9T kelak.



We can never mention key features enough. How do you plan to experience in FULL the new #Mi9T ? #PopUpInStyle pic.twitter.com/D4PuVAc0An

— Xiaomi (@Xiaomi) June 4, 2019

Antaranya ialah tiga kamera belakang dengan kamera utama 48MP, bateri 4,000mAh dan dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon. Mi 9T juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm dan ia pasti memberi kelegaan kepada peminat yang memiliki produk audio berwayar.

Your voice has been heard! We made it happen, here's the new #Mi9T with audio jack! #PopUpInStyle pic.twitter.com/fhbGbgP08D

— Xiaomi (@Xiaomi) June 5, 2019

Bagaimanapun, Xiaomi tidak pula menyatakan lokasi pelancaran untuk 12 Jun ini. Rasanya Malaysia tidak termasuk kerana tiada jemputan media dikeluarkan di sini. Bagaimanapun Mi 9T telah pun berada di dalam pengkalan data SIRIM, jadi ia mungkin akan dilancarkan di Malaysia seawal bulan Jun ini.



Dalam laporan terbocor oleh Roland Quandt, Mi 9T akan datang ke Eropah dalam dua model, versi standard dan versi Pro. Kedua-duanya memiliki skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+, bersama tiga kamera belakang dengan kamera utama 48MP menggunakan sensor Sony IMX586 bersama bateri 4,000mAh.

Versi standard akan menggunakan pemproses Snapdagon 730 manakala versi Pro didatangkan dengan pemproses Snapdragon 885.

Jika anda tidak sabar untuk memilikinya sekarang, set import Redmi K20 Pro telah mula dijual oleh Mobile 2 Go. Ia berharga RM1,898 dengan RAM 6GB dan storan 128GB manakala versi lebih tinggi dengan RAM 8GB dan storan 256GB pula berharga RM2,298.

Mari kenali Redmi K20 Pro dengan lebih lanjut menerusi video buka kotak kami di bawah ini.

Tags: Mi 9TRedmi K20xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9T aka Redmi K20 versi antarabangsa akan dilancarkan pada 12 Jun

Mi 9T aka Redmi K20 versi antarabangsa akan dilancarkan pada 12 Jun

7 June 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN