fbpx

Google bantah sekatan ke atas Huawei kerana ancaman keselamatan lebih tinggi kepada Amerika Syarikat

Google telah memberi amaran kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) berikutan sekatan dan larangan dari sebarang urusniaga terhadap Huawei akan memberi kesan lebih teruk kepada tahap keselamatan negara tersebut. Financial Times melaporkan, sekatan ini akan menjejaskan keselamatan AS sendiri.

Menurut Google, mereka berasa risau apabila kemaskini sistem operasi tidak lagi diterima oleh peranti Huawei kelak. Ini akan memaksa Huawei untuk membina sistem operasi Android mereka sendiri.

Sistem operasi Android yang telah diubahsuai ini, akan lebih mudah untuk digodam kerana tidak dipantau Google. Dari sini, ia akan menjadi ruang pencerobohan yang lebih sukar untuk dikesan.

EMUI berasaskan sistem operasi Android

Bulan lepas, AS telah menyenaraikan Huawei ke dalam Entity List, yang melarang sebarang syarikat di AS dari berurusan dengan Huawei melainkan mendapat kebenaran. Google kemudian mengumumkan pemberhentian sebarang hubungan mereka dengan Huawei, termasuk kebenaran menggunakan sistem operasi Android.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu AS memberi kelonggaran kepada Huawei selama 90 hari untuk penyelenggaraan serta kemas kini produk Huawei, membolehkan Google membuka semula pintu mereka kepada peranti Huawei. Selepas itu, sekatan tersebut akan dikuatkuasakan sepenuhnya semula.

Dalam tempoh ini, Google mengambil langkah pro-aktif untuk membuktikan kepada kerajaan AS bahawa larangan terhadap Huawei memberi kesan yang lebih teruk. Adakah Trump akan menarik balik sekatan ini selepas mendapat penjelasan dari Google? Sama-sma kita doakan yang terbaik untuk semua.

Sumber: Reuters

BACA  Pelan Digi serendah RM28 sepanjang hayat khas buat orang kelainan upaya