fbpx

Buka Kotak: Realme C2, Telefon Termurah Realme 2019

Realme C2 adalah telefon yang dilancarkan bersama-sama Realme 3 Pro. Jika Realme 3 Pro dalam kategori midrange, C2 adalah dalam kategori bajet dengan harga bermula RM429 sahaja. Untuk harga sebegitu, apakah yang akan anda dapat?

Di dalam kotak Realme C2 anda terima aksesori-aksesori asas seperti blok pengecas dan juga kabel mikro-USB sahaja. Tiada case telefon ataupun earfon didatangkan bersama-samanya. Maka, pengalaman unboxing Realme C2 mungkin adalah yang paling ringas dan pantas dalam tahun 2019 ini.

Untuk spesikasi, Realme C2 diperkasa SoC Helio P22. Mungkin ramai yang akan hilang selera dengan SoC ini, tapi pada harga serendah itu, agak sukar untuk mencari alternatif kepadanya.

Di bahagian RAM, ada dua varian yang boleh dipilih, satu yang ada RAM 2GB dan satu lagi 3GB. Untuk menyimpan segala data, anda disediakan ruang sebesar 16GB ataupun 32GB yang boleh diperluas melalui slot kahas mikro-SD.

Realme C2 adalah telefon yang sedang-sedang besarnya. Ia ada paparan 6.1″ dengan notch di bahagian dahi untuk tempatkan kamera 5MP. Masih bercerita tentang kamera, di belakang telefon ini ada dua buah kamera, satu yang ada sensor 13MP dan satu lagi ada kamera 2MP untuk bokeh.

Bagusnya telefon ini adalah ia ada bateri besar iaitu 4,000mAh tetapi sayangnya tidak menyokong teknologi pengecasan pantas untuk mengisinya.

Jika anda berminat untuk miliki sebuah Realme C2, varian RAM 2GB dan storan 16GB dijual pada harga RM429 ataupun varian RAM 3GB dan storan 32GB dijual pada harga RM499.

BACA  Adakah Realme 5 akan dilengkapi kamera 64MP?