• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Bermula 12 Julai 2019, penumpang wajib berswafoto sebelum menaiki Grab

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 2:40 pm
  • 10/06/2019
  • Komen
Elakkan Grab anda dibatalkan dengan berkongsi gambar
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pemandu Grab disamun dan dibunuh sebelum mayat mangsa dihumban ke dalam semak di Sabah. Berikutan hal tersebut, Grab bekerjasama dengan PDRM, memberikan beberapa maklumat mengenai suspek menerusi fungsi pengecaman wajah pada aplikasi itu. Seterusnya memudahkan pihak PDRM memberkas dua orang suspek tersebut.

Pada April 2019 yang lalu, pihak Grab telah pun memperkenalkan fungsi pengecaman wajah penumpang bagi setiap pendaftaran baru. Ia adalah sebuah langkah keselamatan perjalanan terutama sekali yang melibatkan jenayah penumpang.



Fungsi tersebut memerlukan pengguna menangkap gambar swafoto terlebih dahulu menerusi aplikasi sebagai satu bentuk pengesahan.

Terbaru, bermula 12 Julai 2019, setiap penumpang diwajibkan untuk mengambil gambar swafoto untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Selain berfungsi sebagai pengesahan identiti, gambar tersebut juga akan digunakan oleh pihak berkuasa jika diperlukan.



Pihak Grab menjamin bahawa data yang diperoleh ini hanya digunakan untuk satu kali pengesahan sahaja dan data tersebut juga dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Ini bermakna, gambar yang diambil tidak akan dikongsikan kepada pihak luar termasuk pemandu dan juga peniaga.

Sumber: Grab

Tags: GrabGrab Malaysiapengesahan wajah
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Elakkan Grab anda dibatalkan dengan berkongsi gambar

Bermula 12 Julai 2019, penumpang wajib berswafoto sebelum menaiki Grab

10 June 2019
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN