• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 9T akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 Jun

  • OLEH Najib
  • 8:41 pm
  • 10/06/2019
  • Komen
Mi 9T akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi K20 akan tiba di pasaran antarabangsa dengan gelaran baru, Mi 9T. Ia dijadualkan akan dilancarkan pada 12 Jun 2019 di tiga bandar di Eropah iaitu Madrid di Sepanyol, Milan di Itali dan Paris di Perancis.

#SaveTheDate…It's T time! We're ready to #PopUpInStyle in Madrid, Milan and Paris on June 12th!

Think you know which products will be launched? We're giving you 9 guesses…Go! pic.twitter.com/2yRGQUkXDQ

— Xiaomi (@Xiaomi) June 10, 2019

Kini kami telah mengetahui tarikh ketibaan Mi 9T di Malaysia apabila telah menerima jemputan dari Xiaomi, bertarikh 20 Jun 2019. Dengan gambar yang sama seperti jemputan ke majlis di Eropah, sudah pasti acara di Kuala Lumpur pada 20 Jun nanti akan membawakan Mi 9T ke Malaysia.



Bagaimanapun, kita masih belum tahu sama ada hanya satu model Mi 9T akan diperkenalkan, atau dua model seperti Redmi K20 dan Redmi K20 Pro. Perbezaan antara kedua model ini ialah pemproses dan tiga kamera belakang.

Jika Mi 9T menuruti model Redmi K20, versi bukan Pro akan dikuasakan pemproses Snapdragon 730 manakala versi Pro menggunakan pemproses Snapdragon 855. Kedua-duanya memiliki skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+, pengimbas capjari dalam skrin, bateri 4,000mAh dan pengecas pantas USB-C.



Kamera hadapan 20MP padanya menggunakan modul pop-up, membolehkan ia memiliki skrin bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang. Manakala kamera belakang, di K20 Pro dipasang kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera telefoto 8MP dengan 2x zum optikal. K20 pula menggunakan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera pengesan kedalaman 8MP.

Sementara kita menunggu pelancaran di Eropah pada 12 Jun dan di Kuala Lumpur pada 20 Jun, jom saksikan video buka kotak Redmi K20 Pro kami untuk mengenalinya dengan lebih lanjut.

Tags: Mi 9Txiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 9T akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 Jun

Mi 9T akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 Jun

10 June 2019
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN