• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Fold akan kembali menemui peminat seawal bulan Julai

  • OLEH Najib
  • 8:47 am
  • 10/06/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Galaxy Fold merupakan telefon pintar pertama dari Samsung dengan teknologi skrin boleh lipat. Ia dilancarkan bersama siri Galaxy S10 pada bulan Mac lepas dan dijadualkan berada di pasaran pada bulan Mei.

Bagaimanapun, unit awal Galaxy Fold yang diedarkan kepada media serta beberapa penguji di Amerika Syarikat berhadapan banyak masalah membuatkan Samsung terpaksa menangguhkan penjualannya. Di Malaysia, pelancaran Galaxy Fold telah dijadualkan pada 3 Mei 2019 juga ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum diketahui.



Dalam satu laporan terbaru dari Korea Selatan, seorang pegawai tertinggi Samsung menyatakan, satu kenyataan media akan diadakan pada bulan Julai dan media akan menerima persnti tersebut lebih awal. Laporan yang sama juga menyebut, Presiden Samsung, DJ Koh memberi petunjuk Galaxy Fold akan kembali muncul sekitar bulan Julai.

Samsung dikatakan telah membuat beberapa penambahbaikan pada Galaxy Fold, antaranya menambah lapisan perlindungan tambahan di skrin dan mengurangkan ruangan terdedah pada engsel. Ia juga sedang diuji oleh beberapa syarikat telekomunikasi dan pengguna.



Walaupun berhadapan persaingan sengit terutama dari Huawei, Samsung kini dilihat tidak terburu-buru untuk melancarkan Galaxy Fold. Ini kerana sekatan AS terhadap Huawei memberi kesan negatif yang besar terhadap Huawei.

Selain itu, Samsung juga berdepan ancaman dari syarikat China lain, seperti Oppo dan Xiaomi yang telah mempertontonkan teknologi kamera di dalam skrin di mana Samsung masih belum memperlihatkannya. Samsung perlu berhati-hati untuk memastikan tragedi Galaxy Fold tidak berulang di masa depan.

Sumber: GSMArena, NewsTomato

Tags: Galaxy Foldsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Galaxy Fold akan kembali menemui peminat seawal bulan Julai

10 June 2019
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN