fbpx

Mi 9T sudah dijual di Malaysia dengan harga mengejutkan

Mi 9T akan membuat kemunculan sulung dalam majlis pelancaran di 3 bandar di Eropah esok, tetapi ia kini telah pun dijual di Malaysia. Penjual Mobile 2 Go, kini mengumumkan mereka telah ada stok Mi 9T untuk dibeli di kedai mereka.

Seperti biasa, Mi 9T yang dijual oleh Mobile 2 Go ini ialah set import. Ia adalah versi bukan Pro, bermakna Mi 9T ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 730. Mobile 2 Go juga menyatakan set import ini datang dengan ROM Global bersama 2 tahun jaminan dari Mobile 2 Go sendiri.

Hanya ada satu jenis Mi 9T yang ditawarkan, berwarna hitam. Ia memiliki RAM 6GB dan storan dalaman 128GB dengan harga jualan RM1,798. Untuk perbandingan, Redmi K20 dengan RAM 6GB dan storan 128GB dijual di China pada harga RMB2,099 (~RM1,274). Manakala Mi 9 di Malaysia dengan RAM 6GB dan storan 128GB pula berharga RM1,999.

Selain pemproses yang berkuasa lebih rendah, Mi 9T dikatakan memiliki kamera yang sama dengan Redmi K20 Pro. Roland Quandt melaporkan, Mi 9T akan datang dengan 3 kamera belakang, gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera telefoto 8MP dengan 2x zum optikal. Kamera hadapannya pula 20MP, terletak di dalam modul pop-up.

Lain-lain perkara, ia berkongsi perkakas yang sama dengan versi Pro seperti skrin AMOLED 6.39-inci HD Penuh+ tanpa takuk dan lubang, pengimbas capjari dalam skrin, bateri 4,000mAh dan pengecas pantas USB-C.

BACA  Mi 9T Pro akan muncul di pentas antarabangsa pada 20 Ogos