• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Foxconn boleh hasilkan iPhone di luar China jika kerajaan AS memaksa

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 6:22 pm
  • 12/06/2019
  • Komen
Foxconn boleh hasilkan iPhone di luar China jika kerajaan AS memaksa
Share on FacebookShare on Twitter

Perang perdagangan antara dua negara ekonomi gergasi, China dan Amerika Syarikat telah lama berlaku. Namun ia makin memuncak apabila kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini menyekat perdagangan Huawei.

Berikutan hal tersebut, pasaran Apple Inc. juga turut akan terkesan. Menurut Foxconn, rakan kilang Apple, mereka berkemampuan untuk hasilkan iPhone bagi pasaran AS dari kilang-kilang diluar China jika perang tersebut makin menegang.



CEO Apple, Tim Cook bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

Ketua bahagian Semiconductor Foxconn, Young Liu , berkata bahawa mereka mempunyai sebanyak dua puluh lima peratus daripada kapasiti pengeluaran Foxconn di luar China dan dengan kapisiti tersebut, mereka dapat membantu Apple menyokong keperluannya di pasaran A.S.

Liu juga akui bahawa Apple masih belum memberikan sebarang arahan kepada rakan pengilangnya di Taiwan untuk memindahkan pembuatan produknya ke luar China. Namun jika diperlukan, mereka mampu untuk berpindah pembuatan iPhone mengikut kehendak Apple.



Foxconn telah mempertimbangkan untuk memperkembangkan kilang pengeluarannya di India sebagai cara untuk mempelbagaikan rantaian bekalannya dari China, di mana kebanyakan kemudahan firma berpangkalan di Taiwan.

Apple mengeluarkan sebahagian besar iPhonenya melalui Foxconn. Apabila melihat pangkalan India yang semakin berkembang, Apple merasakan ia mampu menyediakan keselamatan dalam menghadapi perang perdagangan tersebut.

Foxconn sudah pun mempunyai kilang pengeluarnya di India, dan pada akhir 2017, mereka dilaporkan akan melabur sebanyak $356 juta untuk mengembangkan kemudahannya di sana bagi memulakan proses pemasangan iPhone.

Dengan menjadikan India sebagai tempat utama pemasangan iPhone, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos penghasilannya kerana Apple dapat mengelak tarif sebanyak 20% ke atas setiap alatan yang dikenakan oleh China.

Walaubagaimana pun, ia masih kabur sama ada India akan menjadi tempat pengeluar utama bagi produk Apple. Foxconn juga sedang penguji kualiti iPhone XR di sana dan bercadang untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran di Chennai.

Sumber: MacRumors, Bloomberg

Tags: appleFoxconnipadiphone
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Foxconn boleh hasilkan iPhone di luar China jika kerajaan AS memaksa

Foxconn boleh hasilkan iPhone di luar China jika kerajaan AS memaksa

12 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN