fbpx

MIUI hentikan program BETA untuk telefon Redmi kelas rendah

MIUI merupakan sistem operasi berasaskan Android, yang wujud sebelum telefon pintar Xiaomi dihasilkan. Ia menjadi kegemaran ramai kerana sokongan peranti yang sangat meluas. Tetapi baru-baru ini mereka mengumumkan akan menghentikan program Beta kepada telefon pintar kelas permulaan Redmi.

Bermula 5 Julai 2019, pengguna peranti Redmi kelas permulaan seperti Redmi 7 dan Redmi 7A, tidak akan lagi menerima kemaskini Beta MIUI jika menyertainya. Bagaimanapun, kemaskini stabil masih disediakan untuk semua. Pengguna MIUI Beta diminta untuk menukar MIUI mereka kepada versi stabil untuk memastikan mereka terus menerima kemaskini terbaru.

Antaramuka MIUI 10

Pengumuman ini juga menyebut, MIUI akan kurang memberi keutamaan kemaskini Beta kepada peranti yang berusia lebih dari setahun. Ini termasuk peranti kelas flagship. Semua peranti akan menerima kemaskini stabil MIUI seperti biasa.

Xiaomi juga akan memaklumkan kepada pengguna Beta, 3 bulan lebih awal jika mahu menghentikan sokongan kemaskini Beta terhadap peranti tersebut. Kebanyakan pengeluar peranti masakini, memberikan kemaskini sistem operasi dan keselamatan sehingga 2 tahun.

Redmi Note 4 tidak lama terima kemaskini Beta MIUI

Bulan lepas, Xiaomi mengumumkan pemberhentian kemaskini Beta MIUI kepada 7 model telefon pintar Redmi iaitu Redmi Note 4, Redmi 3S, Redmi 3X, Redmi 4, Redmi 4A, Redmi Note 3 dan Redmi Pro. Sebelum itu, Xiaomi memberi kemaskini MIUI kepada hampir semua produk mereka, walaupun telah berusia 5 tahun.

Tetapi langkah ini dilihat berubah selepas Xiaomi mengeluarkan Redmi sebagai jenama yang bergerak secara sendiri. Ia juga dikatakan akibat berkurangnya peserta Beta dalam peranti tersebut.

Sumber: PhoneRadar, MIUI

BACA  Laptop dwi-skrin 4K pertama di dunia dilancar di Malaysia pada harga bermula RM12,999