fbpx

Terbukti fungsi ini menjadi! Ini langkah untuk mengaktifkan Pop Up Shazam

Shazam merupakan aplikasi yang dimiliki oleh Apple Inc. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengecam muzik, filem, iklan, dan rancangan televisyen berdasarkan sampel pendek yang dimainkan dan ia mengecam menggunakan mikrofon pada peranti pengguna.

Terkini, Shazam hadir dengan fungsi baru iaitu Pop Up Shazam. Ia membantu pengguna mengecam muzik atau lagu menerusi aplikasi pihak ketiga tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut. Jika pengguna mengaktifkan fungsi itu, butang terapung dengan logo Shazam akan muncul pada skrin telefon pengguna.

Seperti contoh, jika anda mendengar lagu menerusi aplikasi seperti Youtube, Spotify mahupun Apple Music, dan anda tidak mengetahui tajuk lagu tersebut, anda tidak perlu meninggalkan aplikasi muzik tadi untuk ke aplikasi Shazam.

Anda hanya perlu menekan saja butang terapung Shazam dan ia akan mula mengecam muzik yang sedang dimainkan. Bukan itu saja, selepas ia mengenal pasti tajuk lagu, ia akan memaparkan lirik pula buat pengguna.

Cara mengaktifkan Pop Up Shazam

Untuk mengaktifkan fungsi ini, ikuti langkah dibawah:

  1. Pergi ke tetapan
  2. Pada tetapan umum, aktifkan Pop Up Shazam

Setelah ia diaktifkan, pengguna akan melihat pemberitahuan berterusan pada panel notifikasi. Pemberitahuan ini akan digunakan untuk munculkan butang terapung Shazam. Dengan menekannya, mereka akan melihat butang Shazam muncul dan sudah boleh digunakan untuk pengecaman lagu.

Jika pengguna tidak mahu menggunakan fungsi butang tersebut, pengguna hanya perlu menyeretkan butang terapung tadi ke bawah skrin telefon pintar.

Namun, kalau anda tidak mahu menggunakan lagi fungsi tersebut, anda boleh matikannya pada tetapan Shazam atau pada panel notifikasi sahaja. Walaubagaimana pun, fungsi ini hanya terdapat pada peranti Android sahaja.

Sumber: Shazam

BACA  Honor 20 dengan kuasa 4 kamera mula dijual di Malaysia minggu ini