• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm pilih Samsung untuk hasilkan Snapdragon 865 kerana teknologi EUV

  • OLEH Najib
  • 10:49 am
  • 12/06/2019
  • Komen
Qualcomm akan terus dominasi pasaran telefon pintar 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Makmal Samsung sebelum ini sering menjadi pilihan Qualcomm untuk menghasilkan pemproses Snapdragon siri-8 mereka. Tetapi tahun lepas, Qualcomm telah memilih Taiwanese Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk membuat cip Snapdragon 855. Ini kerana TSMC memiliki kelengkapan penghasilan cip 7nm yang lebih baik dari Samsung pada waktu itu.

Tetapi tahun ini, Samsung telah menyiapkan kilang penghasilan mereka dengan proses penghasilan cip 7nm Extreme Ultra Violet (EUV). Teknologi 7nm EUV boleh menghasilkan cip yang 20% lebih kecil, dengan 20% lebih pantas atau 50% lebih jimat tenaga, berbanding cip 10nm. Malah, ia dikatakan lebih baik berbanding teknologi 7nm TSMC, membuatkan Qualcomm kembali kepada Samsung.



Dilaporkan juga, Samsung telah mula menggunakan teknologi 7nm EUV dalam menghasilkan cip Exynos terbaru sejak April lepas, dijangka digunakan untuk telefon pintar Galaxy Note 10 akan datang.

Selain Qualcomm, beberapa syarikat lain turut dikhabarkan akan menggunakan teknologi Samsung 7nm EUV dalam menghasilkan cip mereka. Di antaranya ialah IBM, Nvidia, Huawei dan juga Apple.



Modem 55 Snapdragon X55

Untuk cip Qualcomm 865, ia mungkin akan hadir dalam dua versi, bersama modem 5G Snapdragon X55 dan tidak. Jika benar, bermakna pengeluar peranti akan terus menghasilkan dua jenis peranti mereka, dengan 5G dan tanpa sokongan 5G.

Samsung akan mula menghasilkan cip Snapdragon 865 bermula akhir tahun ini. Qualcomm pula dijangka bakal melancarkan cip Snapdragon 865 ini sekitar awal tahun 2020.

Sumber: GizmoChina, PhoneArena, Thelec.kr

Tags: QualcommsamsungSnapdragon 865
Najib

Najib

POPULAR

Qualcomm akan terus dominasi pasaran telefon pintar 2018

Qualcomm pilih Samsung untuk hasilkan Snapdragon 865 kerana teknologi EUV

12 June 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER