Nova bakal berdiri sendiri tanpa Huawei?

Seperti ramai yang mengetahui bahawa Huawei sudah pun memiliki sub-jenamanya iaitu Honor yang memilih golongan remaja sebagai pasaran sasarannya.

Terbaru, Huawei seolah-olah memberikan petanda bahawa mereka bakal mewujudkan sebuah lagi sub-jenama baru, iaitu Nova yang diambil dari siri telefon pintar Nova mereka.

Pada 11 Jun 2019, Huawei secara rasminya mengumumkan Nova 5 akan dilancarkan pada 21 Jun di Wuhan, China. Selepas itu, syarikat itu secara rasmi telah mendaftar akaun baru jenama ‘Nova’ di Weibo dan Huawei Devices (Dongguan) Co., Ltd sebagai syarikat induk.

Dijangkakan siri telefon pintar Nova akan datang berdiri sendiri sebagai sebuah syarikat baru sama seperti jenama Honor, ia juga akan menggunakan strategi operasi berasingan untuk memberi kebaikkan kepada Huawei.

Dalam masa yang sama, Huawei juga telah membuat perubahan ketara dalam tipografi logo ‘nova’, yang mungkin menunjukkan sebuah permulaan baru.

Selain itu, pada September 2018, Presiden Bahagian Produk Huawei, He Gang, mengumumkan siri telefon pintar Nova telah berjaya mencapai sebanyak 65 juta pengguna seluruh dunia. Berikutan hal tersebut, peningkatan ini membuatkan Huawei mahu mewujudkan sebuah sub-jenama yang baru.

Perubahan Loga Nova [sumber]

Walaubagaimana pun, sehingga kini Huawei masih lagi belum mengesahkan tentang keputusan mewujudkan Nova sebagai sub-jenama.

Sumber: Huawei Central

BACA  Huawei batal pelancaran laptop baru akibat sekatan kerajaan AS