ZenFone 6 Siap Sedia Atasi Google Pixel Dalam Segenap Pelosok

Biasanya pengeluar telefon akan jauhkan diri daripada custom ROM. Ada yang mengambil pendekatan mengunci bootloader bagi membasmi perisian pihak ketiga digunakan pada telefon mereka, misalnya Huawei. Tapi ada juga pengeluar yang melihat pembangun ROM pihak ketiga memberikan manfaat kepada mereka.

Contohnya Asus kini mengedarkan sampel ZenFone 6 kepada para pembangun-pembangun custom ROM yang berdedikasi untuk mereka menggodek-godek flagship terbaru daripada Asus itu.

Kenapa Asus bermurah hati mengedarkan ZenFone 6 kepada mereka?

Biasanya pembangun hanya bangunkan ROM untuk telefon yang mereka miliki dan mereka lakukannya secara percuma tanpa beroleh ganjaran tunai. Maka, tidak semua telefon yang mereka mampu beli untuk diterokai sistemnya.

Melantik pihak XDA Developers sebagai perantara, Asus telah berbesar hati memilih 10 pembangun custom ROM terkenal seperti:

Nama di XDAProjek
luca020400LineageOS
OrdenKriegerLineageOS
phhussonProject Treble GSI support
micky387OmniROM
frap129CarbonROM
Arnova8G2Google Camera port
Freak07Kirisakura kernel
kdrag0nProton kernel
Dees_TroyTWRP
bigbiffTWRP

Kalau anda perhatikan senarai pembangun yang akan menggodek ZenFone 6 daripada Asus, anda tentu tahu yang mereka ini bukan calang orangnya. LineageOS hadir daripada leluhur CyanogenMod yang memberikan pengalaman Android Vanilla pada HTC Desire, antara telefon Android pertama.

Kemudian Arnova8G2 terkenal dengan sumbangannya memboleh telefon bukan Pixel merasai kehebatan kamera Pixel. TWRP adalah projek yang membolehkan telefon anda memasang custom ROM, tanpanya, semua custom ROM mungkin mati.

Untuk anda yang tertinggal “kapal” Asus ZenFone 6 adalah flagship Asus yang dikuasakan Snapdragon 855. Saya katakan yang ini adalah telefon Asus paling sempurna pernah ada. Bukan saja SoC flagship, baterinya besar, kamera berkuasa, dan ada headfon jek.

BACA  Pengguna Mate 9 dan P10, Kemas Kini Android 9 Pie Tersedia Untuk Anda

Ia seperti Megazord kepada Asus, bila semua ZenFone sebelum-sebelum ini bergabung jadi sebuah ZenFone 6.

Sumber: XDA Developer