Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Zenfone 6 sah akan menuju ke Malaysia tidak lama lagi

Pada awalnya, kami menerima perkhabaran bahawa telefon pintar Zenfone 6 yang baru dilancarkan di Madrid bulan lepas, tidak akan dijual di Malaysia. Tetapi berita terbaru menceritakan perkara sebaliknya.

Dalam satu acara baru-baru ini, Zenfone 6 dimaklumkan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Dari sumber yang dipercayai, ketibaan Zenfone 6 di Malaysia dijangka berlaku pada suku ketiga 2019, sekitar bulan Julai ke September.

Untuk perbandingan, Zenfone 6 akan dijual di Eropah pada harga EUR559 (~RM2,603) untuk RAM 6GB dan storan 128GB, serta EUR599 (~RM2,792) dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Di Taiwan pula, ia memiliki tanda harga TWD17,990 (~RM2,379) untuk RAM 6GB dan storan 128GB, serta TWD20,990 (~RMRM2,776) dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Zenfone 6 ialah sebuah telefon pintar yang sangat menarik kerana beberapa ciri-ciri unik yang diperkenalkan padanya. Antaranya ialah kamera yang dimiliki padanya sangat sedikit, hanya 2 kamera sahaja keseluruhannya.

Ini kerana ia menggunakan modul kamera berputar, membolehkan kamera yang sama digunakan untuk mengambil gambar di belakang atau di depan. Modul kamera ini memuatkan dua kamera sahaja iaitu kamera utama 48MP f/1.79 bersama kamera bersudut ultra lebar 13MP. Jadi, swafoto terbaik boleh dirakam dengan Zenfone 6.

Dengan konsep kamera berputar, ia menipiskan bingkai di skrin depan untuk memberikan pengalaman skrin penuh yang sebenar. Skrin NanoEdge ini berukuran 6.4-inci HD Penuh+ dari jenis IPS, tanpa takuk dan lubang.

Sebagai peranti kelas flagship, Zenfone 6 dikuasakan cip Snapdragon 855 bersama RAM sehingga 8GB dan storan mencecah 256GB. Satu lagi keunikan padanya ialah ia menerima kad mikroSD dalam slot tersendiri, tidak berkongsi dengan dua lagi slot kad sim nano menjadikan ia satu-satunya flagship terkini dengan tiga slot kad.

BACA  Telefon gaming Asus ROG Phone 3 akan dilancar di Malaysia pada awal September

Telefon ini juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm dan memiliki pembesar suara stereo di bawah telefon dan di gagang telefon. Tetapi ia tiada pengiktirafan kalis air dan debu. Pengimbas capjari pula terletak di belakang telefon, bukannya di dalam skrin.

Bateri sebesar 5,000mAh dipasang di dalam Zenfone 6 dan ia menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4. Bersamanya diberikan pengecas pantas 18W menggunakan sambungan USB-C. Antaramuka ZenUI 6 berasaskan Android 9 Pie digunakan pada Zenfone 6.

Sumber: SoyaCincau