• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon termurah storan 128GB boleh dibeli serendah RM699 hari ini

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 17/06/2019
  • Komen
Telefon termurah storan 128GB boleh dibeli serendah RM699 hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini mengadakan promosi khas selama 1 hari yang menawarkan pelbagai telefon pintar keluaran mereka dengan harga istimewa. Bertempat di Stor Realme di Shopee, orang ramai boleh membeli telefon pintar Realme dengan diskaun sehingga RM300, serta hadiah percuma.

Tarikan utama promosi kali ini ialah Realme 2 Pro. Dengan spesifikasi Snapdragon 660, RAM 8GB dan storan 128GB, ia boleh dibeli pada harga hanya RM699. Ini ialah diskaun sebanyak RM300 dari harga biasa dan paling murah untuk peranti dengan storan 128GB.



Untuk versi lebih rendah, Realme 2 Pro dengan RAM 4GB dan storan 64GB boleh dibeli pada harga RM549 sahaja, diskaun sebanyak RM250. Ini adalah tawaran hebat jika dibandingkan dengan telefon pintar lain berharga di bawah RM600.

Untuk telefon murah terbaru mereka, Realme C2 memberikan pembelinya hadiah percuma berupa botol air Realme dan kad mikroSD 32GB. Tetapi hadiah ini untuk pembeli Realme C2 dengan RAM 2GB dan storan 16B berharga RM429. Khas untuk pembeli Realme C2 juga, gunakan kod promosi REALMEC2 semasa checkout untuk menerima syiling Shopee bernilai RM20.



Satu lagi promosi terdapat untuk Realme 3. Diskaun RM20 diberikan untuk pembelian model RAM 3GB dan storan 32GB.

Bagi lain-lain produk Realme, boleh gunakan kod promosi MSRM10 untuk diskaun RM10 khas untuk hari ini sahaja. Kod ini tidak boleh digunakan untuk pembelian Realme 3 dan Realme C2.

Segera ke Stor Realme di Shopee hari ini untuk mendapatkan promosi istimewa selama satu hari ini.

Tags: RealmeShopee
Najib

Najib

POPULAR

Telefon termurah storan 128GB boleh dibeli serendah RM699 hari ini

Telefon termurah storan 128GB boleh dibeli serendah RM699 hari ini

17 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN