Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Dapatkan barisan baru pembesar suara Sony EXTRA BASS bermula RM199

Sony Malaysia mengumumkan barisan model terbaru bagi siri pembesar suara tanpa wayarnya, EXTRA BASS iaitu SRS-XB12, SRS-XB22 dan SRS-XB32 serta pembesar suara berkuasa tinggi, GTK-XB72.

Seperti yang kita ketahui, siri pembesar suara EXTRA BASS dari Sony merupakan model pembesar suara yang mampu menghasilkan bunyi yang mantap dan bass yang mendalam. Namun kali ini, Sony telah menambah beberapa ciri terbaru yang menarik.

EXTRA BASS SRS-XB12

Ciri pertama adalah LIVE SOUND. Dengan menggunakan teknologi Digital Signal Processing , ciri LIVE SOUND yang ada pada XB22, XB32 dan XB72 memberikan pengguna menikmati muzik kegemaran mereka seperti berada di konsert sebenar.

XB22 dan XB32 pula mempunyai ciri PARTY BOOST iaitu membenarkan pengguna menukar suasa menjadi sebuah party yang hebat. Tersedia dengan sensor accelerometer, pengguna hanya perlu menyentuh saja pembesar suara tersebut dan ia akan menghasilkan cahaya dan kesan muzik yang menakjubkan.

EXTRA BASS SRS-XB22 dan SRS-XB32

Manakala XB72 pula turut tersedia dengan ciri yang sama. Namun ia juga boleh di gandingkan dengan aplikasi Fiestable. Aplikasi tersebut membenarkan pengguna menyesuaikan parti mereka dengan menggunakan kawalan suara.

Pembesar anda sudah kotor? Tak perlu bimbang. Hal tersebut kerana pembesar suara itu kalis air dan habuk, membolehkan anda untuk membersihnya dengan air terutama model XB22 dan XB32 yang disalut dengan fabrik boleh basuh.

EXTRA BASS GTK-XB72

Bukan itu sahaja, pembesar suara EXTRA BASS ini juga memiliki ciri kalis karat dan kalis gegar serta memiliki ketahanan bateri selama 24jam. Sekali gus, membuatkan pengguna boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan dimana jua.

Pembesar suara EXTRA BASS ini boleh didapati di mana-mana kedai Sony yang sah dan laman rasmi Sony Malaysia dengan harga seperti berikut:

  • XB12 berharga RM199
  • XB22 berharga RM419
  • XB32 berharga RM619
  • XB72 berharga RM1,499
BACA  Amaran Kepada Pengguna Zoom, Data Anda Disalur Kepada Pihak Ke-3