fbpx

Ciri keselamatan baru Instagram pasti melegakan pengguna yang sering digodam

Sebelum ini, banyak berita mengenai akaun Instagram milik artis atau pempengaruh digodam. Perkara tersebut dilihat semakin serius apabila ada sesetengah mangsa sanggup membayar ribuan ringgit kepada si penggodam untuk dapatkan semula akaun Instagram mereka.

Bukan itu sahaja, melihatkan akaun yang mempunyai banyak pengikut tersebut, membolehkan si penggodam menjual akaun itu dengan harga yang tinggi mencecah ratusan ribu ringgit.

Perkara tersebut menimbulkan rasa bimbang dikalangan pengguna kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Malah, Instagram juga memandang serius dengan hal ini.

Satu ketika dahulu, akaun Instagram Janna Nick yang mempunyai 3.1m pada ketika itu, pernah digodam.

Namun, pengguna tidak perlu risau lagi kerana Instagram telah pun menguji sebuah sistem keselamatan baru yang membolehkan mangsa dapatkan semula akaun yang digodam.

Masalah mula terjadi apabila si penggodam menukar alamat email dan nombor telefon akaun Instagram anda dan membuatkan anda tidak boleh mengakses akaun sendiri.

Langkah keselamatan baru yang digunakan oleh Instagram adalah aplikasi tersebut akan meminta alamat email atau nombor telefon yang digunakan semasa pertama kali mendaftar akaun dan memberikan anda 6 digit keselamatan.

Selepas itu, Instagram akan keluarkan semua akaun yang ada pada peranti lain, termasuk peranti yang digunakan oleh si penggodam.

Apabila anda sudah berjaya dapatkan semula akaun, anda boleh menukar email dan nombor telefon yang terkini dan anda mahu kaitkan dengan profail anda.

Selain iu, Instagram juga mengumumkan satu lagi fungsi keselamatan yang sudah ada pada pengguna Android dan akan ada pada iOS. Fungsi tersebut bertujuan untuk menamatkan name-squatter atau pencuri nama akaun.

Fungsi keselamatan tersebut membenarkan pengguna menukar nama pengguna akaun dan ia akan dikunci selama dua minggu sebelum ia boleh diambil oleh orang lain.

BACA  Telefon Huawei dengan kamera Pop-up akan tiba di Malaysia

Selalunya, akaun Instagram boleh digodam menerusi beberapa cara. Antaranya menerusi pautan pancingan atau si mangsa menggunakan log masuk dan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan lain.

Apabila akaun berjaya digodam, si mangsa akan menghadapi masalah untuk mendapatkan semula akaun Instagram mereka. Ini kerana si penggodam akan menukar email akaun dan nombor telefon.

Sumber: CNET, Vice