• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rekaan Nova 5 Pro dengan 4 kamera utama muncul di Internet

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 2:04 pm
  • 19/06/2019
  • Komen
Rekaan Nova 5 Pro dengan 4 kamera utama muncul di Internet
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Nova 5 yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini di Wuhan, China akan hadir dengan 3 model iaitu Nova 5i, Nova 5 dan Nova 5 Pro. Nova 5 Pro merupakan model premium bagi siri tersebut, manakala Nova 5i pula akan datang dengan spesifikasi kelas petengahan.

Terbaru, menerusi laman sosial, Weibo, terbocornya gambar sebenar rekaan Nova 5 Pro. Telefon tersebut datang dengan rekaan skrin bertakuk dan mempunyai empat kamera utama. Berbeza dengan Nova 5i dan Nova 5, Nova 5 Pro mempunyai pengimbas cap jari dibawah skrin OLEDnya.



Telefon pintar daripada Huawei itu disertakan pengecasan pantas SuperCharge 40W dan memiliki dua pilihan warna iaitu hijau dan ungu.

Bukan itu sahaja, sebuah aplikasi penanda aras telefon pintar, Antutu ditemui memuat naik spesifikasi dan markah keupayaan telefon pintar itu. Dalam perkongsian tersebut, Nova 5 Pro berjaya merangkul sebanyak 315,816 mata.



Kebanyakan telefon tidak mampu melepasi markah sebanyak 300,000, namun Huawei mungkin telah menggunakan performance booster pada Nova 5 Pro. Ini kerana Huawei P30 Pro yang menggunakan cip pemprosesan Kirin 980 juga mencapai markah yang hampir sama sekitar 316,000 lebih.

Huawei Nova 5 Pro bakal hadir dengan paparan skrin HD+ penuh dan memiliki RAM sebesar 8GB serta storan dalaman sebesar 256GB. Menurut pihak Huawei sebelum ini, telefon pintar itu juga datang dengan kamera hadapan 32MP dan pengecasan pantas 40W.

Sumber: GSM Arena, IndiaShopps, Weibo 1, Weibo 2

Tags: HuaweiHuawei NovaHuawei Nova 5Nova
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Rekaan Nova 5 Pro dengan 4 kamera utama muncul di Internet

Rekaan Nova 5 Pro dengan 4 kamera utama muncul di Internet

19 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN