• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu petunjuk kecil kemunculan Mi 9T Pro ditemui

  • OLEH Najib
  • 10:50 am
  • 19/06/2019
  • Komen
Satu petunjuk kecil kemunculan Mi 9T Pro ditemui
Share on FacebookShare on Twitter

Mi 9T telah tiba di pasaran antarabangsa, menggantikan nama Redmi K20 yang dilancarkan lebih awal di China. Bagaimanapun, berbeza dengan Redmi K20 Pro, versi Mi 9T Pro tidak pula diperkenalkan bersama.

Ramai peminat tertanya-tanya adakah Xiaomi akan melancarkan Mi 9T Pro di peringkat global kerana ia dikuasakan cip Snapdraagon 855, berbanding Snapdragon 730 di Mi 9T.



Tiada kepastian diberikan oleh Xiaomi tetapi satu penemuan di dalam aplikasi kamera MIUI mungkin boleh menjadi petunjuk. Seorang ahli forum XDA, kackskrz menemui label watermark dalam kod sumber aplikasi kamera MIUI.

  • versi China
  • versi antarabangsa
  • versi India

Terdapat tiga label ditemui iaitu raphael untuk versi China, raphael_global bagi versi antarabangsa dan raphaelin untuk versi India. Sementara raphael dan raphaelin menggunakan watermark Redmi K20 Pro, raphael_global memiliki watermark Shot On Mi 9T Pro.



Redmi K20 Pro telah dilancarkan di China. India pula baru mengesahkan akan melancarkan Redmi K20 dan Redmi K20 Pro tidak lama lagi. Hanya dua negara ini akan memiliki Redmi K20 dan K20 Pro. Manakala negara lain akan menerima Mi 9T. Masih tiada khabar tentang Mi 9T Pro tapi ini mungkin langkah pertama pengesahannya.

Bagaimanapun jangan meletakkan harapan yang tinggi akan kedatangan Mi 9T Pro. Redmi Note 7 contohnya, ia dikuasakan cip Snapdragon 660 tetapi Redmi Note 7 Pro dengan kuasa Snapdragon 675, hanya terdapat di China dan India. Tidak dijual di negara lain. Ini mungkin langkah yang sama digunapakai untuk Mi 9T.

Tetapi pengurus besar Xiaomi Rusia, telah 2x mengesahkan Mi 9T Pro akan tiba di Rusia tanpa memberitahu bila. Manakala di Poland, ia turut dikatakan akan tiba tapi bukan dalam masa terdekat. Manakala di Malaysia, kami diberitahu untuk terus menunggu.

Sumber: XDA Developers

Tags: Mi 9TRedmi K20xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Satu petunjuk kecil kemunculan Mi 9T Pro ditemui

Satu petunjuk kecil kemunculan Mi 9T Pro ditemui

19 June 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN