• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple pertimbang untuk pilih Malaysia sebagai lokasi pemasangan di luar China

  • OLEH Najib
  • 7:49 pm
  • 20/06/2019
  • Komen
Apple pecah rekod keuntungan di Malaysia walau secara keseluruhannya menurun
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia dikatakan disenarai sebagai salah satu lokasi berpotensi untuk pembinaan kilang baru memasang produk Apple. Perkara ini dilaporkan oleh Nikkei Asian Review hari ini. Apple mahu mengurangkan kapasiti pengeluarannya di China antara 15-30% untuk mengelakkan dari terkesan dari perang dagang antara Amerika dan China.

Selain Malaysia, laporan tersebut juga mengatakan, Apple mempertimbangkan untuk memindahkan kilang pemasangan mereka ke negara lain seperti Indonesia, Vietnam, India dan Mexico. India dan Vietnam disebut-sebut sebagai pilihan untuk lokasi baru ini.



Memetik kata-kata sumber yang tidak mahu dinamakan, perang dagang ini memaksa Apple untuk berfikir dengan serius mempelbagaikan pilihan mereka buat pertama kali. Tahun lepas, Apple mula mengembangkan pasukan kajian perbelanjaan modal. Pasukan lebih dari 30 orang ini berbincang berkenaan rancangan pengeluaran bersama pembekal dan kerajaan berkenaan insentif kewangan yang mungkin mereka bersedia menawarkan, untuk menarik Apple, selain undang-undang dan persekitaran perniagaan, lapor Nikkei.

Syarikat pemasangan utama iPhone, Foxconn, Pegatron dan Wistron, pengeluar MacBook Quanta Computer, Pengeluar iPad Compal Electronics dan pengeluar AirPods Inventec, Luxshare-ICT dan Goertek, semuanya telah diminta untuk mempertimbangkan pilihan mereka di luar China.



Tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan untuk pengeluar ini untuk memuktamadkan cadangan perniagaan mereka. Sekurang-kurangnya 18 bulan diperlukan untuk pengeluaran disambung semula selepas perpindahan akibat kerumitan dan logistik yang terlibat.

China merupakan pasaran utama Apple selain pusat pengeluaran terbesar untuk perantinya. Sebanyak 18% keuntungan keseluruhan syarikat Apple datang dari China, pada suku pertama tahun ini.

Malaysia berharap untuk menerima manfaat daripada perang perdagangan yang berterusan ini, dengan menyediakan lokasi geografi yang neutral dan lebih murah untuk perniagaan dari kedua-dua kuasa besar Barat dan gergasi Asia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata persengketaan itu telah meningkatkan pelaburan Malaysia sebanyak 73.4% tahun-ke-tahun kepada RM29.3 bilion pada suku pertama tahun ini daripada RM16.9 bilion setahun lalu, memetik data pelaburan langsung asing dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Lim berkata RM11.5 bilion datang dari Amerika Syarikat dan RM4.4 bilion dari China.

Sumber: Malay Mail

Tags: appledonald trump
Najib

Najib

POPULAR

Apple pecah rekod keuntungan di Malaysia walau secara keseluruhannya menurun

Apple pertimbang untuk pilih Malaysia sebagai lokasi pemasangan di luar China

20 June 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER