• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter buang ciri tag lokasi tepat demi keselamatan pengguna

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 5:27 pm
  • 20/06/2019
  • Komen
Twitter buang ciri tag lokasi tepat demi keselamatan pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Twitter telah mengumumkan bahawa sebuah ciri yang sudah ada sejak 2009 iaitu tag lokasi tepat akan dibuang dari aplikasi sama ada pada Android mahupun iOS.

Menerusi tweet yang dibuat oleh Twitter Support, ia menyatakan bahawa kebanyakkan pengguna tidak menggunakan fungsi tersebut. Jadi, keputusan untuk membuang ciri itu mampu “memudahkan” antara muka aplikasi Twitter.



Most people don't tag their precise location in Tweets, so we're removing this ability to simplify your Tweeting experience. You'll still be able to tag your precise location in Tweets through our updated camera. It's helpful when sharing on-the-ground moments.

— Twitter Support (@TwitterSupport) June 18, 2019

Akan tetapi, sebab utama Twitter mengambil langkah tersebut adalah kerana mereka mahu memberi focus kepada privasi pengguna. Meraka tidak mahu jika mana-mana pengguna menjadi mangsa pencerobohan privasi berlaku.

Walau bagaimanapun, proses pembuangan ciri itu akan berlaku secara berperingkat. Platform media sosial itu masih lagi akan meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu sebelum mengakses lokasi untuk menunjukkan kandungan di kawasan pengguna seperti iklan dan cadangan.



Dalam erti kata lain, Twitter masih lagi boleh mengakses lokasi tepat pengguna (dengan kebenaran pengguna), tetapi pengguna tidak boleh berkongsi lokasi tepat mereka dengan pengguna yang lain.

Sebelum ini, dengan menandakan lokasi pada tweet, walaupun kawasan yang umum seperti “New York” atau “Dodger Stadium”, ia juga dapat mendedahkan koordinasi GPS pengguna.

Sehinggalah April 2015, pihak Twitter telah memperbaiki masalah tersebut dengan meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu untuk mengakses lokasi tepat pengguna termasuk longitude dan latitude lokasi.

Jika pengguna masih mahu berkongsi lokasi tepat dengan pengguna lain, ciri baru pada Twitter iaitu ciri kamera “Tweet a Photo“, masih memiliki ciri tag lokasi tepat (dengan kebenaran pengguna).

Sumber: 9to5Mac, Twitter, Engadget

Tags: androidiOSTwitter
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Twitter buang ciri tag lokasi tepat demi keselamatan pengguna

Twitter buang ciri tag lokasi tepat demi keselamatan pengguna

20 Jun 2019
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER