• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya 13 minit untuk pengecas pantas Vivo isi bateri 4,000mAh

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 21/06/2019
  • Komen
Hanya 13 minit untuk pengecas pantas Vivo isi bateri 4,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Satu teknologi yang sengit bersaing masakini ialah pengecasan pantas. Beberapa bulan lepas, Xiaomi berkongsi video tentang teknologi pengecasan pantas 100W mereka. Ia boleh mengecas penuh bateri 4,000mAh dalam masa 17 minit sahaja.

Jika ia masih belum cukup pantas, Vivo kini menunjukkan teknologi pengecasan pantas mereka dengan kuasa pengeluaran 120W. Ini kuasa yang dua kali lebih besar dari pengecas biasa laptop.



Menurut Vivo, pengecas pantas mereka ini dinamakan Super FlashCharge 120W. Ia boleh mengecas penuh bateri 4,000mAh dalam masa 13 minit sahaja. Menurut perkongsian Vivo di Weibo, teknologi ini mungkin diperkenalkan bersama telefon pintar 5G mereka.

Pengurus Produk Vivo turut berkongsi video demonstrasi pengecasan pantas tersebut. Dalam klip video itu, ia boleh mencapai dari 10% ke 12.8% dalam masa 16 saat, lebih kurang 6 saat untuk setiap 1%. Jika ia mengekalkan kadar pengecasan yang sama, dari 0 ke 50% boleh dicapai dalam masa 5 minit sahaja.



Pameran Mobile World Congresss (MWC) Shanghai akan berlangsung minggu depan dan ia dijangka menjadi lokasi Vivo mempamerkan teknologi terbaru mereka nanti. Selain itu, Oppo juga dijangka akan memperlihatkan teknologi kamera di bawah skrin mereka di MWC Shanghai juga.

Sumber: Weibo, TheVerge

Tags: vivo
Najib

Najib

POPULAR

Hanya 13 minit untuk pengecas pantas Vivo isi bateri 4,000mAh

Hanya 13 minit untuk pengecas pantas Vivo isi bateri 4,000mAh

21 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN