fbpx

Ayuh kenali siri Huawei Nova 5

Baru-baru ini, Huawei baru saja melancarkan telefon Nova generasi ke-5 iaitu, Huawei Nova 5 Pro, dengan cip pemprosesan Kirin 980, Huawei Nova 5 dengan Kirin 810 dan Huawei Nova 5i yang menggunakan cip Kirin 710.

Huawei Nova 5 Pro

Peranti ini merupakan peranti yang menjadi perhatian ramai kerana ia memiliki skrin OLED, pilihan warna yang menarik serta pengimbas cap jari pada skrin. Telefon Nova 5 Pro ini juga mengenakan skrin bertakuk titisan air untuk kamera hadapan 32MP dan skrin beresolusi HD plus penuh seluas 6.39 inci.

Peranti ini dikuasai oleh cip pemprosesan flagship Kirin 980 dengan RAM 8GB dan pilihan storan dalaman seluas 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kameranya pula, ia menggunakan 4 kamera, iaitu 48MP pada kamera utama, 16MP untuk kamera sudut lebar, kamera 2MP sensor kedalaman yang memberikan kesan bokeh pada gambar dan 2MP kamera makro.

Huawei Nova 5 Pro juga memiliki bateri sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas, Huawei SuperCharge 40W.

Manakala telefon ini pula berharga CNY2999 (RM1800) bagi versi 8GB+128GB dan CNY3399 (RM2050) untuk versi 8GB+256GB.

Huawei Nova 5 Pro juga mempunyai edisi terhad dan ia datang dengan earphone FreeLace berwarna ungu didalam kotak. Huawei Nova 5 Pro edisi terhad ini boleh didapati dengan harga CNY3799 (RM2300).

Huawei Nova 5

Peranti Huawei Nova 5 ini boleh dikatakan kembar seiras Huawei Nova 5 Pro. Hal ini kerana ia memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan Huawei Nova 5 Pro, skrin OLED bertakuk pada bahagian hadapan dan rekaan 4 kamera pada bahagian belakang.

Namun yang membezakan Nova 5 dan Nova 5 Pro ialah, Nova 5 menggunakan cip Kirin 810. Cip tersebut mempunyai dua teras berkuasa tinggi Cortex-A76 yang beroperasi pada 2.27GHz, enam teras Cortex-A55 yang cekap beroperasi pada 1.88GHz dan GPU MP6 Mali-G52.

BACA  Jangan lepaskan peluang diskaun RM900 Mate 20 Pro Di Pesta 11.11

Selain itu, ia hanya datang dengan satu pilihan sahaja iaitu memori sebesar 256GB dengan RAM 8GB.

Telefon keluaran daripada Huawei ini berharga CNY2999 (RM1800).

Huawei Nova 5i

Berbeza dengan dua abangnya tadi, Huawei Nova 5i menyasarkan pengguna kelas pertengahan. Hadir dengan cip pemprosesan KIrin 710, ia digabungkan dengan dua pilihan memori iaitu RAM 6GB atau 8GB dengan storan dalaman 128GB.

Pada bahagian skrin pula, ia menggunakan skrin berlubang untuk kamera hadapan yang beresolusi 24MP. Pada bahagian belakang pula, terdapat pengimbas cap jari dan 4 kamera iaitu 24MP untuk kamera utama, 8MP untuk kamera sudut lebar, 2MP sensor kedalaman yang memberikan kesan bokeh pada gambar dan 2MP kamera makro .

Peranti ini memiliki bateri sebesar 4,000mAh. Sama seperti mana-mana telefon kelas pertengahan yang lain daripada Huawei, ia hanya menyediakan standard pengecasan pantas 18W dalam kotak.

Datang dengan tiga pilihan warna iaitu, Hitam, Amber, Merah, Biru Laut, peranti ini bakal dipasarkan dengan harga CNY1999 (RM1200) untuk versi 6GB+128GB dan CNY2199 (RM1300) bagi versi 8GB+128GB.

Sumber: GSMArena